Bus Airport. Lapangan terbang bas? Lapangan bas terbang? Lapangan untuk Air Bus je?
Tadi dah selesai daftar untuk semester 4. Kelas start minggu depan. Jadi aku balik lah ke pangkuan keluarga semula setelah sehari di KL. Aku dah beli tiket pergi balik siap siap dari Segamat kelmarin. Ouh, excited nak kembali ke rumah la katakan. Hakhakhak.
Bas pukul 4.30 petang. Pukul 3.45 aku dah menunggu kat Bukit Jalil. Semangat punya budak. Awal beno apahal? Deyy.. hujan seh. Nasib baik aku sampai awal. Kalau tak,sure tertinggal bas sebab hujan memang lebat gila. Tak leh nak meredah.
Hujan lebat + baju basah + air cond bas + tak bawak sweater = sejuk gigil gigil. =___=’

jalan bertingkat tingkat
Bas gerak. Tapi aku tengok lain macam je jalan yang dia ikut. Rupanya dia nak pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dekat Bandar Tasik Selatan. Selalu nampak dari jauh je. Dari dalam lrt. Ni, dapatlah tengok dari dekat. Waahhhhh... hati aku berkata kata. Mula mula aku ingat driver bas nak buat lawatan sambil belajar kat situ. Saja saja je pusing situ. Rupanya nak ambil penumpang. Hampir 10 minit jugak la pusing pusing situ. Kenapa? Sebab driver bas tu tak tahu nak ambil penumpang tu kat mana. =__=’ dengan bantuan polis bantuan yang ada kat situ, maka penumpang yang tunggu kat terminal tu dapatlah naik bas jugak. Alhamdulillah.


aku tak sure ni apa. korang tau?
Aku fikirkan ramai lah yang menunggu. Rupanya, 3 orang je. Aku terdengar driver tu cakap dengan kawan dia, pusing 3 jam rupanya nak amek 3 orang je.. haha. Orang masih lagi naik bas dekat Bukit Jalil. Terminal tu pun aku nampak kosong je. Tak ramai orang. Tapi serius aku cakap, TBS tu, memang canggih. Driver bas boleh tau dia kena ambil penumpang kat mana, kod bas, berapa banyak bas yang tengah tunggu dan... err, tu je yang aku terdengar dari perbualan driver bas dan rakannya dan penumpang depan. Pasal bus airport tu, aku tak tipu. Memang ada kat sign board. Menunjukkan tempat bas ambil penumpang kot?

lepas zoom. nampak TBS? hakhakhak
Akak yang duduk sebelah aku, dia salah seorang dari penumpang yang naik kat TBS tu. Mulut manis, akak tu pun nampak baik je, aku tegur la dia. Hakhakhak. Dia tunjuk tiket bas dia kat aku. Deyy. Lepas ni, kalau nak beli tiket, korang kena tunjuk ic dan bagi nombor handphone. Kat tiket tu nanti ada nama korang siottt. Kenapa kena bagi nombor handphone? Sebab, in case korang takde kat platform bas pada masa tiket bas korang, diorang akan call korang tanya kenapa tak ada kat platform lagi. Wahh.. rasa dihargai tak? Then, hanya penumpang bertiket je yang dibenarkan berada di platform. Sebelum korang dibenarkan naik bas, tiket korang akan di scan. Gempak tak? Gempak tak? Baik korang cakap gempak. Korang tak cakap, aku sekeh kang. Hikhikhik.
Eh, ada lagi. Selalunya, kalau korang nak naik bas Transnational ke, Cepat Ekspres ke, dan lain lain perkhidmatan bas ekspres korang kena pergi kat kaunter tiket bas syarikat tu kan? Kat TBS, tak payah. Korang pergi je mana mana kaunter, then cakap nak naik bas apa, ke mana, pukul berapa, etc. Ni apa yang akak tu cerita laa. Aku tak try lagi. Tunggu la lagi 3 minggu. Aku try naik bas dari TBS. Aku cerita pengalaman aku pulak. Hahaha.
Aku rasa, sistem TBS ni boleh kurangkan masalah ulat tiket yang selalu jadi. Terutamanya time perayaan. Ye lah. Siap scan scan bagai. Oh, ya. Tempat dia serius dah macam airport. Cantik. Besar. Memang macam airport. Eh, dah kata bus airport kan? Tak sia sia lawatan sambil belajar 20 minit aku kan? Hakhakhak. Kalau korang nak dilayan macam vvip, apa kata pergilah naik bas dari sana. Sementara tak ramai orang ni. sebab pekerja pekerja kat situ ramai. Tapi takde kerja sebab tak de orang. Heheee.
p/s ; Siapa yang puteri putera lilin pun sesuai naik dari sini sebab tak payah berpanas melintas jalan sesak kat Bukit Jalil tu. Naik bridge jeee. Hehee.
p/s 2 ; Gambar tak jelas sebab pakai kamera handphone je. Nak jelas, google je la yer?
p/s 3 ; Kalau aku ada salah information, bagitahu okay? :)
Dah. Habis dah.
5 comments:
dah lame tak naik bas. BTS tu dalam berita kecoh. takde bas nak dtg lah. buat lawa-lawa orang tak kesah.cane. hehe
BTS tu berjaya times square. TBS lah wehhh.
ngee.. benda baru. susah nak masuk lagi kot? makin canggih, makin susah. driver bas cakap. hahaha
dkt bandar tasik selatan. sama lah. huhu
tak samaaaa! hahaha
err mcm lg leceh je? huhu. ke semua negeri ke fokus selatan je? dah nama pun TBS kan. haha
Post a Comment