Monday, January 3, 2011

Tu Pun Nak Jerit

Bila kita tak boleh bertolak ansur, maka terjadi la tragedi tolak menolak.

Tadi aku pergi satu restoran fast food ni. Dengan family. Then, masa aku dengan abah tengah beratur nak order tu tiba tiba terdengar satu jeritan. Oh, bukan jeritan auww auww tau! Jeritan hoi!! Kuat gila. Nasib baik takde yang melatah terkejut kat situ. Ah, ada drama free pulakkkk kat situuu.

Aku taktau apa masalah sebenarnya. Siapa salah siapa tak. Cuma yang aku boleh simpulkan ialah masalah potong line. Bukan potong line macam orang nak caras laki atau perempuan yang kau mimpi tiap tiap malam. Ah, payah benar aku ni. Potong queue laa. Uncle tu marah sebab makcik tu tiba tiba je kat depan dia. Since patutnya turn uncle tu. Mungkin makcik tu tak sedar pun yang dia terpotong queue uncle tu. Maybe dia saje je nak tengok tengok menu. Mungkin makcik tu ingat ada dua barisan. Tapi sebenarnya satu je. Ah, aku tak tau sebab aku tak perhatikan mereka sebelum kejadian.

Apa apa pun, uncle tu tak patut menjerit macam tu. Takde adab. Memalukan. Takde budi bahasa langsung. Kalau betul pun makcik tu potong queue kau, kau tak yah nak jerit macam tu. Merah padam muka makcik tu menahan marah. Anak laki dia mungkin taknak bergaduh atau buat benda tu lebih panjang jadi dia tarik mak dia tu so that bagi uncle tu beli dulu. Ingatkan dah reda. Rupanya bertekak lagi. Uncle tu take away je. Mungkin sebab tak tahan kena bebel dengan saudara makcik tadi. Habis kena ceramah. Pasal adab, budi bahasa. Kira kitorang yang ada kat situ dapat pelajaran free. Bila uncle tu tinggi suara, saudara makcik tu which is perempuan, lebih menaikkan piching suara dia. Terdiam uncle tu. Sebab tau dia salah. Uncle tu blah, maka tamat lah drama 10 minit.

Adik aku cakap kalau mak kitorang yang kena macam tu, memang orang tu tak dapat la makan apa yang dia nak beli tu. Memang makan penumbuk. Kurang ajar sangat. Cakap elok elok apa salahnya? Bukannya uncle tu rugi. Bukannya makcik tu tak faham. Hanya kerana nak order makanan yang ambil masa lebih kurang 5 minit, boleh gaduh gaduh macam tu. Potong selera je.

Susah kalau kena berhadapan dengan orang yang taknak bertolak ansur langsung ni. Yang tak reti nak hormat orang langsung. Dia je betul. Give it a thought. Behave and respect people yaww.

p/s ; esok kena balik kl kejap. Haihh. Malassss.

Dah. Habis dah.

12 comments:

Husna Lana said...

haha aku pun penah dgr drama sebabak dua babak cmnih. haihh

specsy said...

husna ; tah pape kan? benda kecik pon nak besar besarkan.

Yellow LEOpard said...

mcm kanak2 lah..malu jee~

Husna Lana said...

haha. orang besar nak jadi kanak2 balik kot. ngee ;p

Husna Lana said...

haha. orang besar nak jadi kanak2 balik kot. ngee ;p

Husna Lana said...

haha. orang besar nak jadi kanak2 balik kot. ngee ;p

specsy said...

yellow leopard ; tau tape.serius annoying.

husna ; heh, uncle kot? agak2 la.hahhaa

Sca Ndx said...

luar kwalan, biasa la

specsy said...

scandx ; kt public kot? pastu da berumur weh. ngeee

whiteCempaka said...

adoiii..
kelakar lah...
maybe pak cik tu melatah, terkejut sbb tibe2 ade org dpn dia..
huhu..

Anati Soki said...

uish.. malu kot kalau kena tempik cmtuh.. haaaish..pakcik2.. agak2 la ckit.. hehehe

specsy said...

white cempaka ; tapi dia nampak marah sangat. hehee.

anati soki ; yup2. makcik tu memang bengang gile lepas kena tempik macam tu. huhuuu