Saturday, January 8, 2011

Berubah! Eh, Tak Jadi Otromen Pon.

Kepala mula rasa berat. Mata cepat mengantuk. Badan terasa macam nak demam. Ditambah lagi dengan hujan je hari hari. Nak nampak matahari pun payah. Jemur baju tak kering kering. Hati tak tenang. Rasa serabut je. Ahh. Ni semua simptom aku kalau dah nak kena balik kolej lepas cuti panjang macam orang cuti bersalin. Orang lain dah seminggu start kelas, aku baru nak kembali ke asal nya. Kembali bergelumang dengan buku buku, stay up malam malam buat kerja. Tidur lambat. Mata sembab macam anak panda yang comel. Cehh. Perlu ke tambah comel tu? dan perlu ke aku mengeluh padahal masa cuti ni, macam la aku tidur awal.

Esok nak balik dah. Haihhh. Mengangkut tilam baru, dan drawer lima tingkat baru nak letak baju. Esok aku nak keluarkan almari yang ada dalam bilik tu letak kat luar sebab dah jadi habitat si haiwan berekor panjang, berbulu hitam, yang kecil dan menggelikan. Habis aku punya sejadah, beg, dan jeans berbau urine nya yang sangat tidak memberangsangkan hidung. Nasib baik aku dah alih semua baju aku letak dalam almari lain. Hampeh punya tikus. Kot kot kalau kau nak tolong masakkan sedap sedap macam dalam cerita ratatouille tu takpe la jugak. Ni, hampeh. Kau mengharumkan barang barang aku. Kau nak kena sembelih ke apa tikus oi?

erghhh. tengok ni pun gua dah loya dah. ;O

Kelas mungkin start Rabu ni. Tapi Isnin ada taklimat akademik. Err. Mesti nak ingat kan kitorang ada exam sem ni. =_=’. Aku dah check jadual untuk semester baru ni. Dan aku sangat bersedih. T__T. Melihatkan jadual tersebut, aku semacam takde ruang nak lari pergi berfoya foya setiap weekdays. Nak tengok wayang setiap Khamis. Hanya bakal mengharapkan weekends sahaja. Banyak duit aku? Ah, itu hanya imaginasi yang tak mampu buat korang wet dream pun. Eh, kenapa aku bersedih? Sebab, kelas aku kebanyakkan nya habis pukul 6 petang. Jumaat pun! Hailaaa. Macam mana nak balik rumah kesayangan? Yang diorang pergi susun gap lama lama apahal? Sejam cukup laaaaaa. Grrr!

aku akan pastikan jadual ni berubah! *mata sinar berbintang bintang

p/s ; eh, cuti raya cina bila? hakhakhak

Dah. Habis dah.

3 comments:

Sca Ndx said...

takpa. duniawi tinggal, belajar lagi penting.heee

specsy said...

sca ndx ; nasihat kau sangat memberangsangkan pertumbuhan otak. =_=' ngeeeeee.

Cik TeN10 said...

arhhh sme la!..nk start klas balik ni rsa malas gila!..kl ikut hati tanak je balik jepun..nk je dok umah lama2!..huhu
btw ganbatte!!!(",)