Tuesday, October 2, 2012

NoktahKomaTandaSerudanSebagainya

Hai. Hari ni rasa macam nak buat kelas bahasa pulak. Nak cerita pasal tanda baca.  Tanda baca tu tak tau apa? Noktah, koma, tanda seru dan segala benda yang adik beradik tiri sepupu dengan mereka adalah tanda baca (noktah) Kau paham? tak? Baik. Aku dah guna 3 tanda baca, sila kenal pasti. Kalau tak kesian cikgu kau.

Tanda baca ni boleh bagi satu satu ayat tu intonasi untuk orang yang baca tu jadi lain. Lain dari apa yang kau maksudkan. Tak kisahlah emosi apa pun yang kau letakkan pada ayat tu, kalau salah letak tanda baca, intonasi akan jadi lain. Atau pun maksudnya akan jadi lain. Perasaan ayat tu. Apa kau ingat kau sorang je ada perasaan? Tapi, ayat tu jadi lain jugak maksudnya kalau kau baca dengan perasaan yang tak sepatutnya.
Blergh. Apa aku cakap ni. Terajang sikit.

Macam conversation aku dengan this one human being yang sangat sangat suruh aku bersabar dengan kerenah dia.

Dia: Yo ___,  ___ transfer ____ boleh?
Aku: Ha. Jadilah. Nak buat untuk ____ ni.

*skip to the end*

Dia : orait then. wired. thanks ___!
Aku: your welcome!

Well, sebenarnya, aku sakit hati gak. Aku macam nak letak noktah lepas 'ur welcome' tu. Tapi aku rasa dengan kehadiran noktah tu, akan menunjukkan betapa aku sakit hati dan taknak dah bercakap dengan dia. Itu pun kalau dia perasan lah. Atau pun aku je yang suka fikir bukan bukan, fikir tah hape hape. Well, itu lah aku. Terajang sekarang. Aku pun rasa macam nak terajang diri sendiri sekarang.

Berbalik pada kisah tadi, tujuan aku letak tanda seru tu adalah kerana aku rasa dapat menunjukkan kekononnya aku ni betul betul tak kisah. Jadi, dengan wujudnya tanda seru tu tunjuk yang aku ni ok. Tapi rasanya benda tu pun bergantung pada cara ayat tu dibaca. Kan? Aku bagi contoh :

1) Your welcome.
2) Your welcome! (1)
3) Your welcome! (2)

Apesal ada (1) (2) ? Kalau tengah marah pun guna tanda seru gak kekadang kan? So, That is why. Tapi, kalau tengah marah, tanda noktah pun boleh guna jugak. Tapi kalau guna koma, tanda soal tanda... eh, Lempang lagi. Kalau kau buat :), ;), ^__^ tu pun kira tanda baca tak?

Sebenarnya aku dah lupa aku nak cakap apa lagi. Sebab niatnya cuma nak cakap pasal 'your welcome' je tadi. Takpelah, jadi silalah gunakan ayat yang betul bagi kau untuk dikeluarkan. Dan fikir fikir kan intonasi anda. Dan emosi anda. Macam sekarang, aku tengah penat dan bengang, so aku rasa aku taip benda ni dengan emosi geram. Dan aku rasa tu disalurkan ke keyboard dan entry ni dikeluarkan dengan perasaan geram. Tapi mungkin bila aku dah riang gembira, aku baca balik, mungkin aku tak rasa ni entry bengang. Kau rasa cemana? K, takde orang jawab.

Sebenarnya aku nak tweet benda ni, tapi aku rasa aku akan banyak bebel, maka aku taip sepuasnya kat sini.
Eh laa. Tadi kata tatau nak cakap apa, Lepas tu bebel lagi. Baik aku rendam kepala dalam baldi lah.

Akhir kata penutup bicara, gunakan tanda baca sebaik mungkin.


APA KAU MEREPEK NI WOI. &*(^#$#%% !!!

No comments: