Friday, September 28, 2012

Cerita Pasal Senyum

Senyum. Kau tahu senyum? Kau tau, dengan senyuman, macam macam boleh jadi. Senyum pun banyak jenis. Dah macam kuih muih pulak. Senyum tu bukan nya dengan gunakan mulut je. Tau tak kita boleh senyum dengan mata. Bak kata Tyra Banks, 'Smize - Smile with your eyes' Er. Cenggitu ke ejaan dia? Aku pun tak berapa nak pasti. Smize ni aku selalu aplikasikan bila bercakap. Yep. Masa bercakap. Kadang kadang, kalau kau bercakap sambil senyum, nada dan emosi yang disampaikan kat orang yang dengar tu pun jadi baik je. Dia sama je lebih kurang macam konsep masakan yang dimasak dengan kasih sayang dengan masakan yang dimasak dalam emosi yang marah dan tak stabil. Sikit sebanyak mempengaruhi rasa masakan tu. Tersalur ke tangan yang pegang sudip tu kot.

Selalunya, kalau kau betul ikhlas masa bercakap atau menerangkan sesuatu, benda tu terpancar dari mata kau dan jugak cara kau sampaikan apa yang kau cakap tu. Lahir dari hati kata orang. Sebab tu kalau kau senyum tak ikhlas, orang lain boleh nampak. Sebab tu ada nya senyum sinis, senyum tak ikhlas, pura pura senyum. Lain lah kalau orang tu lambat sangat nak pick up. Slow!

Pura pura senyum tu penat tau tak? Penat. Tak caya, cuba kau pura pura senyum untuk benda yang kau tak suka. Dan kau cuba tahan dari meluahkan perasaan kau tu dari terserlah kat riak muka kau. Buat selama 8 jam. 

Aku tak perlukan kau untuk tersenyum 24 jam. Nanti dah lain pulak jadinya. Cuma, senyum bila masa nya perlu untuk kau senyum. Walaupun kau jenis orang yang tak mudah lemparkan senyuman atau hanya lah bersikap ramah pada orang yang kau dah kenal lama. Aku pun macam tu jugak. Tapi aku rasa aku tahu bila masanya untuk aku senyum pada orang yang aku baru kenal.

Aku tak rasa apa yang aku taip tadi, mencapai maksud sebenar apa yang aku cuba sampaikan. Tapi, tak apa lah. Alang alang dah taip, aku publish je. 

Kepada kau, mungkin tafsiran aku, pembacaan aku tentang kau yang salah. Mungkin kau ada masalah dengan teman lelaki kau malam itu. Mungkin juga, kau dah memang tak suka pada aku setelah apa yang aku katakan. Well, kau sendiri kata ' kalau nak buat buat tak faham pun tak apa. tanya je.' Dan kau terasa? Heh.

Dan bilamana kau katakan aku susah nak dapat apa yang aku nak, sebab aku ni pendiam, aku senyum je. Ya. Senyum. Sungguh aku senyum. Walau pipi aku dah penat pura pura senyum sepanjang hari. Ah, tapi senyuman yang aku beri selepas kata kata kau tu, bukan nya pura pura aku rasa.

Aku senyum penuh makna. Auw.

Ah, teringat pula waktu kita berlawan mata sambil tersenyum. Kau cuba baca aku ya? Apa agaknya sinopsisnya ya? :)

No comments: