Monday, March 28, 2011

Kenalan Lama

Sabtu lepas, semasa menunggu masa nak tengok movie cerita The World Invasion : Battle of Los Angeles, aku dan kawan diri dekat dekat dengan kiosk Baskin Robins sebab nak dapatkan line wifi. Kawan aku nak aku tengok video youtube Rebecca Black. Memandangkan line broadband aku da slow gila kalah kura kura merangkak, maka aku semacam teruja nak tengok video tu yang mana, aku dengar cerita dia macam Justin Bieber versi perempuan.

Sedang menunggu video itu buffering, aku terpandang eskelator *abaikan ejaan* di belakang aku. Aku ternampak muka yang aku kenal tapi dah lama tak jumpa.

Nad! Nad! sloww je aku panggil dia. Takut salah orang.

Dia pandang. Tapi dengan ekspresi muka -->

Kejadah hape stranger ni pandang pandang aku? Dahlah gua tak kenal.

Aku pandang dia lama. Sampai hilang dari mata. Kawan aku suruh kejar. Buat buat terserempak, kalau takut salah orang. Tapi, aku malas la pulak nak main lari lari buat adegan cerita Hindustan kat situ. Terfikir juga pasal buffering video yang lambat nak mampus tu. grrgrr.

Semalam, aku tanya la kat member aku tu yang dia ada ke tak pergi tempat yang aku nampak dia tu. Kat fb je la. Memandangkan aku takde dah nombor dia.

Ko ada pergi Times Square semalam?

Ohh yeee. Ko ke yang dekat dengan eskelator tu?

Yela. Aku. Kau pahal doe boleh pulak tak cam akuuu.

Laaa. Serius tu kau. Aku mcm perasan tu kau jugak. Tapi takut salah orang. Tu yang tengok banyak kali gak tu.

Banyak kali kot aku panggil kau. Kau boleh pulak buat pandangan macam-->Kejadah hape stranger ni pandang pandang aku? Dahlah gua tak kenal.

Aiseyy. Tak dengar la wehh. Huhu. Serius aku pandang banyak kali. Tapi kan, macam tak perasan tu kau.

Apehal tak kenal doe?

Agaklah.. Lama tak jumpa. lepas tu, dah macam chinese sangat kot aku tengok. Tapi bertudung la. tu yang aku ingat salah orang. hehehe

Chinese hape. Aku muka melayu doe. Mata besar lagi.

Besar sangat la mata kau.

=_='

Aku rasa, kalau dia cam aku, mesti dah buat jejak kasih main peluk peluk cium cium kat situ. Auwwww!

p/s ; video tu tak dapat tengok pon sebab wifi masuk acara 100 meter berpagar.
p/s 2 ; movie tu cool okayy. Suckerpunch pon best!

5 comments:

Anonymous said...

okey , jejak kasih yang ditinggalkan :P

suckerpunch best ehh , nak tengok jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

specsy said...

ahaaa. tengok laaa. :)
btw farhana, mcm mana dgn spm? ada okayy? :)

Cik TeN10 said...

best ek cte tu?..

nk try tgk jugak lah..
ari tu smpat tgk cte Mars need moms je.. best gak..imagination bkn men lg..kitorg siap tgk 3D babe..sbb yg len sume dh full..tp memuaskan hati la..

Husna Lana said...

eh besarnya mata kau pikapiee? :D

specsy said...

cik ten10 ; eheee. cite mars need moms tu pon ada dlm list nak tgk. tapi tak smpat wooo. bz dahh. tunggu version download ah. hehehe :)

husna ; besarrr arrr. heheh. btw, taw tak aku jumpa sape? aku jumpa nad kmk budak akaun kawan nana tuuu. huhuuu