Wednesday, March 23, 2011

Bukan Hutan Konkrit

Hujung minggu aku minggu lepas agak terisi memandangkan aku berada di kotaraya dan bukan di kampung halaman. Selalunya hujung minggu aku disini hanya terperap di dalam bilik memandang skrin laptop membuat kerja kerja yang takkan pernah habis dan menonton movie movie yang entah sudah berapa banyak kali diulang. Tapi minggu ini, ya, mari ke Sungai Sendat. Adakah ianya sesendat legging gadis gadis? Ah, pastinya tidak.

Perancangan sudah ada sejak semester satu. Tapi bisa direalitikan semester ini. si mastermind pastilah tersenyum bila apa yang diidamkan selama ni tertunai akhirnya. Tapi ya. Kalau dah ada 25 orang yang pergi, mesti lah ada je yang buat perangai. 5 minit sebelum nak bergerak pun nak buat perangai. Bikin aku dan rakan rakan lain panas hati je pagi pagi. Haihh.

Perjalanan selama lebih kurang 2 jam meninggalkan hutan konkrit berjalan dengan agak lancar. Destinasi yang dituju sebenarnya bukanlah Sungai Sendat, tapi kerana keadaan kawasan lokasi pertama kurang menyenangkan, maka sampailah kami ke situ.



selamat datang. selamat datang

Sepanjang perjalanan, tutup air cond dan buka lah tingkap. Walla. Segar. Tanpa kereta dihadapan, maka aku tidaklah menghidu asap asap kereta. Buat aku rindu kan rumah dengan keadaan sebegitu. Selama ini dihadapkan dengan konkrit semata. Nyah kau dari sini. Sekarang yang ada hanya pokok pokok hijau. Nyaman.

Puas mandi, puas makan, puas gelak, puas juga bermandi hujan disaat hujan datang singgah. Kalau tidak dipanggil, mungkin takkan naik untuk bergerak pulang. Bila sudah pekena air yang sejuk, makanyaaa, mata pun mengantuk. Mujurlah sang driver dapat menahan mata. Sebelum pulang ke rumah masing masing, mari singgah ke Dagang Avenue. Sejam disitu, selamat tinggal diucap dan jumpa lagi. Cheitt. Macam lah lama sangat takkan jumpa. Padahal, jumpa je lagi kat kelas nanti.


Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Takde benda perfect kan? Kot ye pun kau layan benda benda branded je, tak suka dengan orang yang ada dalam kereta tu, agak agak lah. Takyah nak jerit kuat kuat tak suka macam tu. Kau tak fikir ke perasaan orang tu? Pffttttt.

Ohh. Okay okay. Aku dah emo. HAHA.

p/s ; kalau dah nama nak pergi tempat berair, toksah sombong sangat cakap nak main air dengan kaki je.

No comments: