Sungguh lama ditinggalkan. Mungkin dah bersawang. Tapi hidup aku tetap berupdate hari hari dengan perjalanan sendiri. Sepanjang dua minggu, mata aku setia memandang huruf huruf, mata membaca, mencerna maklumat yang perlu diambil dan dikeluarkan. Tangan menaip pelbagai kata yang bikin otak aku kadang kadang sesak.
Nampak macam bosan. Tapi seharusnya tidak sebab aku kena pandai cari penyelesaian walaupun penyelesaian itu menyebabkan aku lebih letih. Tapi aku tak kisah asalkan mata dapat melihat benda lain selain laptop, kerja, rumah, dan buku. Dapat fresh air. Yeah right. Udara segar lahsangat kalau aku terpaksa menghidu asap rokok yang dihembus rakan rakan. Ciss. Bikin batuk aku semakin teruk waktu itu. Ah, persetankan itu semua. Aku dah kembali ke asalnya.

Yeah. Mungkin tak berupdate blog tapi aku tetap update dengan beberapa isu yang jadi. Aku baca, lihat, dengar namun tidak menyuarakan pendapat. Hanya menjadi pembaca. Sebab pendapat aku telah disuarakan oleh mereka mereka yang memberi ulasan. Kadang kadang, ah, selalu juga aku tergelak membaca ulasan ulasan yang ditulis oleh sesetengah orang setiap kali ada penulisan yang tidak kena pada pemikiran mereka yang mengulas. Kelakar. Waktu itu lah, semua nak jadi pembahas, pemidato terhebat. Mengeluarkan segala macam yang dirasakan fakta.
Aku membaca itu semua dan mengambil nota kecil. Menyimpan apa yang patut. Aku banyak mengambil nota nota kecil mengenai apa yang ditulis penulis penulis yang aku suka baca tulisannya. Untuk peringatan buat diri sendiri. Dan perlahan berubah menjadi lebih baik. Sang penulis- penulis hanya mahu berkongsi rasa. Sharing is caring.
Ada orang akan kata, nak tegur pun, baik baik tak boleh ke? Tak payah lah nak kasar kasar sangat. Tapi aku rasa, selagi kata kata tu tak kena kat batang hidung sendiri, mungkin benda tu akan dipandang sepi je. Aku? banyak je tulisan tulisan yang aku baca, kena kat aku sendiri. Auch. Auch. Jadi, aku ambillah nota yang entah bila akan disemak balik. Mungkin secara perlahan-lahan. Hehe.

ahh. pity me.
Kawan baik aku bercerita tentang pengalaman kawan dia yang menjadi saviour kepada seorang perempuan yang kena game dengan bf kawan sendiri. Bf dan gf nya a.k.a kawan kepada perempuan ni, ajak pi makan kat area Wangsa Maju je. Tapi di angkut sampai Bandar Tasik Selatan dan ditinggal kat situ, di suruh menunggu seorang lelaki tidak dikenali yang bakal menjemputnya. Gila ke apa? Mujur si mangsa masih waras dan bertindak call si saviour. Datanglah saviour dari Putrajaya. Ketika dijumpai, mangsa menangis sebab memang ada lelaki yang memaksa dia untuk mengikut bersama. Ah, btw, masa kejadian adalah malam.
Si saviour berpesan kepada kawan baik aku suruh pesan kat kawan kawan yang suka keluar. Ya. Nama aku terus terlintas, wajah aku terus terpampang dalam kotak fikiran beliau.
Ala, aku keluar dengan akak sepupu dan abg sepupu aku je kott.
SEPUPU je? Habis yang lain lain tu?
Cakap macam ramai je kau ni. F dengan A je pun. Kalau keluar dengan classmate laki, Intan ada sekali la.
Kau cukup kenal dan percaya dorang macam ko kenal sepupu sepupu kau ke?
Di situ, aku terdiam. Berfikir. Jadi, adakah aku takkan langsung keluar dah? Er, tak mungkin. Mungkin aku akan kurangkan je la. Heheeee.
Jadi, boleh tak korang fikir sikit kalau satu satu penulisan tu terkena kat kepala sendiri sebelum melatah tah apa apa kat ruangan komen?
p/s ; Aku cakap pasal apa? Aku cakap pasal macam macam.
4 comments:
erkk. apa ini ? fakta atau auta ? -.-
maaf !
farhana zainal ; errk? apa? yg mana?
macam mana cerita bf , gf tu x faham =="
amiey white ; hehe, camni. ada 3 org kat sini. A,B, C. A=gf. B=bf. C=mangsa a.k.a kwn A.
C ni, kena game dgn B. kira mcm B nk bagi C kat laki lain.pastu kena angkut pi mana2. ala, mcm kes pompuan kena tipu ada keje bagus kat bndar. padahal kena jadi pelacur. peh.suka2 je.hehe. faham x? hehe
Post a Comment