Tuesday, February 15, 2011

Satu Per Empat

Seharian duduk rumah hari ni. Plan konon nak pergi joging petang tadi. Tapi hampeh. Sedar sedar dah petang. Haihh. Keluar teman housemate beli makanan tadi, aku dapat tahu satu cerita.

Kolej aku mewajibkan setiap students untuk terlibat dengan aktiviti mentor-mentee. Setiap lecturer akan ada sekumpulan mentee masing masing. Kumpulan mentor mentee aku bergabung dengan tiga lagi lecturer dan aktiviti yang diadakan akan dijalankan bersama-sama. Dalam kelas aku terbahagi dua kumpulan. Kumpulan Q dan D. Kira kalau buat perjumpaan serentak, memang takde orang laa dalam kelas. Aku dalam kumpulan Q.

Jumaat lepas ada perjumpaan antara CEO dan S/U setiap kumpulan dengan orang atasan. Housemate aku ni pergi perjumpaan tu. Dan dia cerita kat aku apa yang dibincangkan. Perkara yang paling panas mestilah pasal bajet untuk aktiviti pelajar.

Aku pernah cerita kat sini yang mana plan kumpulan aku untuk mengadakan camping terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan bajet. Kawan aku cerita, daripada RM100 yang kitorang bayar setiap semester untuk tabung aktiviti, kitorang hanya dibenarkan guna RM15-RM25 je. Ohhh. Pleaseee. Satu per empat je?

6 sem= RM600. Minima boleh guna RM60. Maksimum RM150. JE?

Yang lain tu untuk kegunaan lain. Err. Kegunaan apa ek kalau memang duit tu dibayar untuk digunakan students sendiri? Wait wait. Bukan aku je yang pertikaikan. Tapi lecturer yang datang perjumpaan tu pun mempertikaikan jumlah tu. Dan kau agak apa reaksi orang yang ditanya? Terdiam weh. Berfikir lama macam mana nak cakap. Sikit sangat la nilai yang boleh digunakan daripada apa yang dibayar. Kalau dibenarkan guna separuh pon kira okay la weh. Ni tak. Satu per empat je? Agak agak leerrrrrrr. Ah, mungkin simpan untuk emmpipi kot? eff.

Berkenaan emmpipi. Housemate aku yang kawan dia terdiri daripada mereka mereka tu pun dah bengang.bila kitorang tanya pasal hal prom night tu, dia tak tahu nak cakap apa sebab benda tu kawan dia yang arrange. But then, dia ada jugak cakap yang kawan dia bila dah ada jawatan, semua mula nak tunjuk lagak. Konon bagus sangat.

Haaa. Yelah. Kau ada jawatan. Kau memang bagus lah wehh.

p/s; Baik gua pergi uniqlo beli baju naruto untuk diri sendiri. Soul Therapy. Kihkihkih.

7 comments:

Sca Ndx said...

naruto for the win. bila nak pergi? HAHA

aku sebenarnya tak kisah sangat duit aktiviti.

even kat poli pun aku jrg ambek port.
jnji aku blaja dah setel
dapat dip dah lah.

specsy said...

scandx ; bila baju tu dah ada kat sana okayy? sekarang takde kann? ;p

aku kesah ah weh.aku bayar kot. tapi takleh guna. ciscake betul.

Cik TeN10 said...

sabo2!..

wahh!..dah lme gak xg uniqlo..pas exam ni nk kuar shopping!!owyeahh!!..

tp kn..besar x uniqlo kt mesia?..mostly brg made in japan or made in china?

cma..cimot..shimoro said...

wow, dear!!!! truly aku terkejut yg tu.. hahaha aku dgr ade meeting sal mentor meeting tu....tp xtau pe cer... OMG!! seriusly klu tul just kai 1per 4 je mmg *uck KN LAH... so maknanya blog yg staff situ penah aku terbaca cerita kan menda yg btl... *_* ..... dont know what to say..

Anonymous said...

erkk , budak college kan kan kan. HAHAHAHA :P

specsy said...

cik ten 10 ; tak suree. hehe. tanya scandx. dia pernah pergi situ.huhuu

cima; haha. serius ah. sampai lecturer pon bengang kot? ngeee..

farhana zainal ; yeee. saya budak college jee. kihkihkih

± said...

aku rasa ada je sesetengah ipt yg ada isu camni. kalau student tak amik pot, dorang lg la suka. at least kalau btol2 duit student digunakan utk tujuan yg ada prove of spending, sape pun x kisah. jgn salahguna duit student jer