just text - auburn. hp aku bunyi. ada orang call. aku angkat, letak plak. ohh. maybe dah cukup 30 saat kot.
1 missed call.
1 message received.
xx : salam
aku : yer.sape ni?
xx : saya s****l. awak sape? *nama dirahsiakan. harap maklum. hahaha
okay. aku dah taw ape dia nak. cehh. dah la call tengah maghrib. apakah?
korang mesti dah boleh agak kan dia nak ape? ye. dia nak berkenalan. berkenalan tapak kasut!

yeay! bulan depan dapat bonus!
aku cakap aku tak berminat. that's it. dia nak cakap aku sombong ke hape, tu dia punya pasal. aku tak peduli. dia text aku lagi. call banyak kali. satu pon aku ta angkat, tak reply.
adik adik aku dah sibuk sibuk nak jawab. nak cakap ngan dia. aku cakap, tak payah. dia penat. dia stop.
xx : awak ada fb? sy nak add awak kalau awak still tak caya. wth?
kau ingat kau sape? lain la kalau kau tu justin bieber. okay. aku taw korang dah muntah hijau, muntah merah segala segala. dah dah. aku gurau jek.
xx : nanti sy call awak lagi. lepas isyak. please angkat k? sy nak ckp sket ngan awk.
nazri, adik aku : apesal nak lepas isyak? nak tunjuk baik la tu ! sudah lah ! aku laki, aku tau la ! *sambil mencarut di pendahuluan ayat.
aku tak paham weh. dia ingat ni zaman zaman aku sekolah sekolah dulu ke?
1) tersalah tekan nombor la.eh, nak kenal boleh?
2) kawan bagi nombor ni. nak kenal laa. please?
3) try jek. nombor hampir sama dengan nombor mak saya. saya nak kenal awak boleh?

nak buat crank call sila pergi tempat lain.
dan sebagainya, korang yang chantek chantek, hensem hensem tu mesti dapat ayat ngorat lagi banyak. atau korang sendiri pernah aplikasi kan nya dalam aktiviti meng-sms korang. huh? ade ke perkataan tu? bedalllll ! diorang bagi alasan nak berkenalan. sekali lagi, berkenalan tapak kasut !!
eeeeeeeeeeeeeuuuuwwwww !! geli laaaaaa wehhhh !! aku tak faham wehhh. ada siapa siapa boleh tolong bagi aku faham kenapa benda ni mesti berlaku? tolong lah. dah muntah hijau ni !

comel !
mungkin ada antara korang yang cakap, maybe dia ikhlas nak kenal, nak kawan ngan kau.
kejap. kasi aku masa nak fikir jawapan nak menjawab.
dah. aku tetap kurang suka dengan cara tu. banyak lagi cara lain nak kenal.
mostly, lelaki yang suka buat camni. aku tau sebab adik aku, cousin cousin aku pon buat benda yang sama. =___='
sang jejaka, kalau ada lah yang sudi baca tulisan aku yang ni, korang ada jawapan tak kenapa kaum korang suka buat aktiviti camni? just wondering.. kalau korang tak buat, jangan la terasa.
sebab, takkan lah kalau makan kari, korang rasa rendang pulak kan? hehee
p/s : aku taw, perempuan pon ada gak yang suka buat kerja ni. aku tak !
dah.habis dah.
No comments:
Post a Comment