Tuesday, November 16, 2010

Another Mengarut

Adik aku, nadzmi beli handphone baru. Sebijik macam handphone lama aku yg hilang, urgh. Kena curi sebab nazri bawak pergi sekolah setelah aku serahkan hak penjagaan kepada dia. Handphone SPM tu. 3 tahun pakai before aku memadukannya dengan C510 itu. T___T

rindu handphone ini. T__T

Sakit pinggang aku hari ni. Menyiapkan anyaman ketupat yang akan direbus esok. Hasil pembelajaran pada raya puasa tempoh hari. Aku semakin hebat. Mampu menyiapkannya 100 biji ketupat seorang diri. Oh, itu tipu. Ketupat di makan dengan rendang dan berbagai jenis lauk yang aku lupa namanya ketika ini pada pagi raya, tengah hari raya, petang raya, malam raya. Oh. Itu bukan makan. Itu melantak.

ni je yg dtg bergambar. yg lain malu.

Ah. Hari ini sangat penat. Aku sambung esok lah. Oh, tidak. Esok lagi lagi lagi penat. Aku sambung lusa lah. Oh, tidak. Lusa aku nak beraya, makan banyak banyak, gambar banyak banyak, berkenalan dengan lembu yang comel, *eh, lembu upm jek yg comel. , aktiviti dibuli oleh cousins *ye. Aku mangsanya. T___T . Jadi, aku sambung selepas lusa. Iaitu khamis. Sekian edisi berita hari ini.

contoh lembu upm. kak zira cakap lembu2 upm comel.

ini namanya membodek.

p/s ; salam aidil adha. J

dah. habis dah

No comments: