Ceh. Kengkonon speaking macam hebat sangat.
Okay. Aku terfikir kenapa macam susah sangat aku nak dapat kerja. KERJA. Ni dah berapa bulan ea? Nak cakap pasal malu? Pasal rugi? Pasal apa lagi?
Aku dah kat tahap dah rasa taknak balik kampung sbab taknak menghadap segala sedara mara yang akan tanya, "Dah kerja?" " Bila nak kerja?" "Hari tu yang sebulan kat KL tu bukan kerja ke?'
Atau, persoalan atau statement dari orang sekeliing, "Kau bila nak kerja ni hoi! Dok menghabiskan duit mak bapak je", "Kau tak reti nak kerja ke hoi" "Kau pesal dok rumah je ni. Bawak bawak lah pergi kerja weh"
Tau tak aku fedap. Fedap dengan segala macam statement dan soalan. Ingat aku tak cuba cari ke? Ingat aku dok saje? Sebab tu aku sekarang macam kalau boleh aku taknak balik kampung atau pergi ke mana mana majis kenduri yang akan melibatkan sedara. Dan jugak aku jarang contact kawan kawan aku sampai aku rasa macam aku dah hilang kawan kawan baik aku. Sebab apa, sebab aku mau. MALU.
MALU.MALU.MALU. pasal dah habis belajar lama pun tak kerja lagi. Orang lain siap dah dapat kerja elok dah. Dah boleh makan sedap. Dah boleh bagi duit kat mak bapak. Dah boleh belanja famiy. Aku? Nil. Zero. Loser. Tapi, kalau setakat kawan atau sedara yang bertanya tu maybe aku boleh lah elak lagi. Ni kalau mak dah start tanya. Aku mampu diam je lah.
Diam ke? Nangis. Diam dan masuk bilik dan nangis dan down. Ergh. Dan keadaan itu buat aku terfikirkan ayat pertama aku tadi.
Mungkin ni dugaan aku. Cabaran untuk aku. Dan mungkin juga balasan untuk segala perbuatan lampau aku. Wait. Aku tak cakap lah aku ada buat kerja atau benda benda yang bukan bukan. But then aku tade ah nak cakap perbuatan apa yang aku buat tu. Tapi, still. Tengah dok tengok tivi tadi, aku terfikir, mungkin lah ada kena mengena dengan benda benda tu semua. Benda benda tu semua termasuklah segala benda keperibadian aku sendiri. Ergh. Apa yang aku cakap ni.
Jadi, aku kena berubah. TAPI, kata kata tanpa action, tak guna jugak. *Terajang diri sendiri*
I REALLLLLLYYY NEED A JOB. Aku perlukan pekerjaan yang boleh bagi aku income tetiap bulan. Ni dah lama sangat ni. Aku dah stress bila fikir pasal kerja ni. Kau ada kerja tak nak bagi kat aku?
Aku cerita kat Faiq hari tu. Pasal apa yang aku rasa. Pasal apa yang orang kata. Atau pasal apa yang aku rasa orang akan kata. Lelebih lagi pasal pemergian aku ke Terengganu tempoh hari. Perbualan ni berlaku 2 bulan sebelum aku pergi. *Ni dah kenapa aku punya keypad payah gila nak menaip ni hoi. Lagi lagi huruf L. Jilaka betei* Okay sambung. Well bila kau takde kerja tapi kau masih boleh pergi bersuka ria. kau rasa orang akan fikir apa? Aku malas nak cakap. Korang fikir lah sendiri. Jadi, berbekalkan apa yang aku katakan pada Faiq, dia balas gini ke aku sambil gelak gelak. "Lantak lah orang nak cakap apa pun. kau pergi bukan pakai duit dorang pun. Apatah lagi duit mak bapak dorang" Siot betei la dia ni. Tau la banyak duit. Hoh. Kata kata dia tu kejap je buat aku senang sikit hati. Tapi bila dah pergi Terengganu tu, bila nak balik, rasa berat hati dan kepala start serabut walhal time tu tengah berendam kat air laut yang membiru. T__T
Benda kerja ni buat aku hilang semangat. Sangat sangat. Bila takde kerja ni, buat aku rasa macam takde keyakinan diri *yang sememangnya kurang*, takde kawan, takde semangat, takde tempat nak mengadu since aku bukan jenis yang cerita pada family dan takde semua. Ya ya ya. Aku tau apa korang nak cakap. Ya. Aku masih ada Allah. tempat untuk aku cerita semua.
Aku kata pada diri aku, mungkin kerana kekhilafan masa lampau dan sekarang yang membuat kan aku diduga lambat dapat kerja. Belum rezeki untuk dapat kerja. Aku sering juga kata, la tahzan. Jangan bersedih. Tapi, realitinya, aku masih bersedih. Aku sedih dengan keadaan aku sekarang.
Kesimpulannya, ulang balik ayat pertama. Dan ulang balik perenggan kelima dari bawah.
No comments:
Post a Comment