Sunday, July 15, 2012

TBS (i)

Khamis lepas aku ke KL. Untuk selesaikan urusan di kolej. Tapi sebab aku tersampai awal dan urusan kawan kawan aku yang sedia ada dekat KL ni tak setel lagi, maka aku decide untuk lepak dulu kat TBS. Mujur lah aku ada bawak buku. Boleh jugak buat baca. Tapi sebab aku lapar gila time tu jadi aku menghala lah ke tempat pembelian makanan.

Bertemankan air oren, sedikit makanan dan buku, aku mulakan lepaking aku di TBS dengan duduk berhadapan dengan Dunkins' Donut dan Tutti Frutti. Ya. TBS ada Tutti Frutti. Aku pun baru tau. Tapi aku tak pegi pun sana sebab aku sorang sorang. Tapi kalau ramai ramai pun, aku tak pergi jugak. Heheh.

Sedang aku duduk menghadap makanan dan buku, aku didatangi seseorang. Ecece. Aku cuba lah maniskan muka sebab, muka aku tak pernah nak manis. Isk! Dia kata nama dia Zahaakutakingatnamadia. Student GMI tengah buat survey untuk subject Malaysian Studies dan dia hulur lah kertas questionnaires dia tu.

Benda pertama yang aku perasan pasal kertas questionnaires tu ialah, kenapa takde header GMI atau apa2 kenyataan yang menyatakan dia tengah buat survey. tapi, soalan tu main main dalam kepala jelah. Aku tak tanya pulak kat dia. But then, aku isi jelah. Ada ruang untuk isi nama, pekerjaan, umur dan no telefon. Survey tu berkaitan pasal tahap ekonomi Melayu sekarang. Mula mula, aku tak isi ruang no telefon tu. Tapi dia suruh aku isi jugak. Further details kononnya. Aku pun, entah kenapa pi letak. Pastu dia blah. End of story. Ada lagi benda jadi lepas tu. But then, aku nak cerita pasal ni dulu.

Dua hari kemudian, selepas bersuka ria bersama rakan rakan, tiba lah masa aku pulang semula. Masa dalam KTM, baru je sampai stesen BTS, aku dapat phone call. Dan yeah. Dari Zahaakutakingatnamadia. Ha. This is the best part.

Dia kata, hasil dari survey tu, dorang ada buat talk. Ada 2 jenis talk. Satu dari student2 yang bijak pandai, kongsi cara belajar etc etc. Yang mana aku fikir oh. Aku tak perlu datang. Aku bukan student lagi. Kehkehkeh. And, the 2nd talk is about all those entrepreneurship. Dorang ada jemput lah dua usahawan yang maha kaya tapi tak berapa terkenal.

Salah sorang tu, nama dia Shafiq. Siapakah Shafiq? Nanti aku sambung. Panjang sangat. Aku malas nak taip. kakakkakaka.

2 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

hehe. yg pasti dia tak kol utk ngorat kah ?
nk tunggu tengok spe syafiq tu

specsy said...

haha.ada lah!. nanti tunggu sambungan. heehe