Tuesday, March 20, 2012

Secawan Kopi

Menunggu hampir dua minggu. Atas kesilapan teknikal, aku dapat lambat. Rupanya dah sampai lama. Hinggakan notis pemberitahuan dah layu dah. Seperti tikus mondok juga keadaan aku malam tu. Bak kata kawan aku lah. Ah, kau tahu tak keterujaan aku bila terdengar bunyi moto posmen dan nampak motor pos laju, tapi tiada pakej untuk aku. Fikir kan bukan bukan. Alamat salah ke? Kenapa tak dapat dapat lagi. dan lain lain. Mujur Sabtu bukak, dan dengan pantas esok nya aku bergerak mendapatkannya. Hasilnya,

Pulang ke rumah dengan senyumannnnnn! :) Dan kawan aku kata tiada lagi tikus mondok.

Lambat jugak aku nak mulakan pembacaan. Tertangguh kerana kerja. Tapi keinginan untuk baca tu membuak buak. Maka, aku mulakan. Dan hasilnya, seperti benar ada dadah. Ada kafein. Ketagih. Tak boleh nak berhenti baca. Dengan tidak sengajanya aku abaikan kerja lain. Mujur lah tiada deadline berdekatan.

Dari satu cerpen, membawa ke cerpen yang lain. Dari kopi ini membawa ke cawan kopi yang lain. Aroma Starbucks macam terbau bau. Terasa macam situasi aku berada diluar kedai itu dan menghidu harum bau kopi. Terasa juga situasi dekat warung, dengan kopi panas dan masih berwap serta biskut kering. Ataupun rasanya seperti berselubung dengan selimut dengan kopi panas dan minum dikala cuaca sejuk hujan. Peh.

Ada beberapa cerpen yang menjadi kegemaran aku. Kenapa? Ah, mungkin kerana jalan cerita nya yang menceritakan situasi personal aku, sama ada pernah terjadi atau yang sedang berlaku. Alaa. Dan juga pastinyaa kerana jalan ceritanya yang menarik. :) Yang mana yaaa? Hmmm. Hmmm. Hmmmm. hehe.

Tamat pembacaan, aku beri pinjam ke rakan. Sementelah dia kata;

Nanti kau habis, bagi aku baca pulak. Aku ada terbaca satu cerita dalam tu tadi. Best. Nak baca yang lain.


Dia baca, dan saat aku menaip ini, dia kekal dengan buku itu di tangan. Dia meng-iya kan kata kata aku.

Betul ketagih. Tak boleh berhenti sebelum habis.


Rasanya, berbaloi aku menunggu untuk buku itu. Puas rasanya.
Anda mahu Kopi?

p/s ; Latte satu!

4 comments:

ska andy said...

waw. laju habis kan. berbaloi tunggu kan?

M. Faiz Syahmi said...

Peminat latte rupanya.

Tieah Madian said...

Sebelum ini kopi itu bukan fav saya.. Tapi sekarang ianya menjadi satu kegilaan.. Bukan pada yang hitam tapi si merah.. Hehehe..

*Turut buat review jugak! :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih sebab baca :)