Saturday, March 3, 2012
Dikatakan Dengan Indah
Dah beberapa ketika macam ni.
Dan pada satu situasi, tersedar yang aku seakan-akan kembali ke masa dulu.
Semacam wujud mesin masa.
Semuanya aku lihat dan rasa kembali.
Yang berbeza cuma masa, sebab dan pelakonnya.
Aku luahkan pada rakan.
Aku fikir aku dah cukup jujur dengan dia.
Tapi tidak. Sebab aku sendiri masih cuba menipu diri sendiri.
Aku kata ini semua kesilapan.
Maka aku perlu patah balik. Cari papan tanda pusingan U.
Supaya tidak lagi aku perlu menghadap keadaan diri yang macam ni lagi.
Penat. Sakit.
Aku kata pada dia,
People.Not me. I'm an alien. It's a mistake, bubun!
Balasnya,
Tipu awak ni. Awak dah besar. Mungkin awak rasa dari dulu awak matang sebab awak anak bongsu. Tapi sekarang awak kena terima hakikat awak dah dewasa.
Bongsu? Heh. Itu sekadar satu silap yang dia sengaja ucapkan kerana dia tahu aku takkan mahu dengar kata kata dia. Dan aku bukannya bongsu.
Dia tahu itu.
Dia katakan aku degil.
Degil punya budak!
Tapi aku rasa, aku lebih kepada penakut.
Ya. Penakut lebih sesuai.
Sesuai dengan aku.
Maaf bubun. Mari berharap pada perubahan.
Hendaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
heh. semoga semuanya dipermudahkan untuk awak ye sayam? :)
Post a Comment