Aku, mak dan adik aku pergi ke satu pasar raya yang baru sebulan di bukak kat bandar aku ni. Beli beli barang dapur. Lepas tu, mak aku pergi ke satu kedai yang ada jual kelapa parut. Ada satu kelapa yang dah siap di parut. Maksud aku dia dah isi siap siap dalam plastik. Tinggal ambil je. Tapi mak aku taknak yang tu. Sebab pernah beli kat situ dan mak aku cakap kelapa dia dah bau tak sedap dah. Jadi mak aku suruh lah dia parut kelapa yang lain.
Waktu tu, aku pergi mengusha usha mata tengok makanan makanan lain. Jadi, mak aku ditemani adik aku. Kemudian, adik aku pergi kat aku dan berkata;
Peh. Dia letak harga lain. Lepas ni tapayah lah beli kat situ lagi!
Automatik kening aku terangkat. Yer. yer. Aku tau lah kening aku ni tak berapa nak nampak. Sampai dapat gelaran kening buih nescafe. =_=' Nampak kan jelah ye?
Aku menghala dengan gagahnya ke mak aku. Tanya berapa harga kelapa tu. Ohhhhh. naik lima posen. Alasan? Sebab parut kelapa baru. Whattheeeheckkk mannnn? Disebabkan menggunakan tenaga beliau hampir 5 minit untuk parut kelapa baru, jadi kena caj lebih lima posen?
Lepas tu, pekerja dia nak pandang kerek kerek pulak. Apa kes? Tak puas hati sebab suruh parut kelapa? puiiii.
Cakap pasal kelapa parut, aku pernah tanya kat mak aku. Kenapa tak guna je santan segera yang ada kat kedai kedai. Dan ni jawapannyaaaa
Abah tak suka pakai santan segera tu.
Ala, kalau mak guna pun, abah bukan tahu.
Nak masak. Tak baik menipu. Lagi pun, nanti abah boleh rasa, rasa dia lain.
Ooooooo.
Kalau buat sambal, sila tumbuk. Jangan pakai blender. Abah tak berapa gemar. Jangan nak menipu. Abah boleh rasa, pakai blender ke, tumbuk.
=____='
Sampingan, agak agak korang, berapa banyak kali terjadi, bila aku nak taip KELAPA, tapi aku backspace sebab eja KEPALA?
3 comments:
satu hal jugak kelapa tu. cerewet sungguh. harap anak dia tak cerewet macam dia. kahka
kalau anak dia cerewet pon, apa ada haaalllllll? ;p
Post a Comment