Saturday, February 18, 2012

Kemahiran Hidup

Akhirnya. Aku dapat buku tu. Bukan main lamaaaaaa lagi menunggu kehadiran buku kemahiran hidup tu ke tangan aku. Terima kasih tukang beri. Siap sign. Aum.

Aku tak tahu sama ada daya imaginasi aku ni semacam tinggi. Hiris. Tetak. Tunus. Cabut kuku pakai playar? Aku pandang kuku jari kuku kaki. Aku terbayang. Bibir kena jahit? Gigit bibir sendiri. Kena kikis? Minum darah? Kena bakar? Jarum? Playar? Mata kail? Dammmmnn it. Yang lain lain tu jangan cakap ahh. Macam ciiiiii~~

Kadang tu, rasa semacam nak termuntah pun ada. Tapi fikirkan betapa menggunakan tenaga untuk pergi cari makanan tu, maka aku tahan. Hargai makanan. Mana boleh muntah. Nanti aku lapar tengah tengah malam, aku jugak yang susah.

Aku katakan pada rakan, ini memang buku Kemahiran Hidup. Kalau kalau nanti nanti kamu punya masalah dan naluri pembunuh kamu kuat dan membuak buak sehingga mencecah kemuncak, jadikan buku ini sebagai rujukan. Kemudian rakam. Kemudian pamer. Ah. Kamu bakal popular tahu? Popular. Tak mahu?

Oh ya. Mujur lah tukang beri tak koyakkan muka surat yang dia kata tak mahu beri aku baca. Berani kau nak koyak? Kata kau aku garang. Sila takut. Dan sekarang kamu semua perlu takut dengan aku. Kenapa?
Bak kata sepupu aku,

"Hidup aku penuh dengan kemahiran. Tapi kau, kemahiran yang hidup."

Takut tak? Takut tak?



Wakakakkaaka. Ye ye je aku ni. Cekik diri sendiri.


Ini bukan reviu. Ini saja saja tulis. Terima kasih.
Sila terbitkan buku lagi. Aku beli. Aku baca.

5 comments:

Sca Ndx said...

cari ayat . cari ayat.
highlight.

takutnyewww. takut takut.

specsy said...

ayat apa. ayat apa?




aaaaa. tawuuu takutttt. aaaa. lempang kang. hikhik

Sca Ndx said...

ayat dalam entry. jaga2.

haishh. lempang je?
itu ke kemahiran hidup dia?

Isaac Ismael said...

saya baca jugak KH. saya ketap bibir jugak bila part jahit bibir.

specsy said...

@scandx
ah. jangan main main dengan lempangan. mau terduduk, ternganga. terkeluar jantung.


@isaac ismael
saya ketap. saya gigit gigit bibir sendiri. hiks

btw, welcome here. hahhaa