Monday, October 17, 2011

Uniform Biru Gelap

Berempat pergi ke kedai makan. Untuk mengisi kekosongan perut. Memberikan senarai kehendak perut kepada tukang mengambil order.

Borak. Gelak. Borak. Gelak.

Pandang kehadapan. Sekumpulan mereka berbadan uniform biru gelap dan mereka yang bekerja di stesen pengangkutan awam yang tidak melalui jalan raya. Ramai. Ada yang baru datang. Meja disambung. Borak itu. Borak ini.

*Pandang jam* Lambat dah ni. Makanan tak sampai lagi. Air dah nak separuh diteguk. Masing masing dah buat muka.
Terasa ada air di dahi. Ah. sudah! Nak hujan. Tempat teduh takde ni. Kang ada jugak makanan tiba tiba berkuah. Membuat keputusan untuk membungkus sahaja makanan yang dah di order. Menuju ke arah kaunter, *kaunter kejadah* minta untuk makanan yang di order tadi dibungkus sahaja.

Aku lihat makanan dah siap. Dah tu kenapa tak bagi bagi kat kitorang yang tengah kelaparan ni. Tiba tiba bersuara salah seorang yang beruniform biru gelap.

Kak, air saya mana kak?
Kak, biar kami masak sendiri lah. Boleh?

Eh, kau dah la baru datang. Nak cepat cepat pulak. Lepas tu buat kedai tu macam kau punya sendiri.
Rupanya akak tu lambat hantar makanan sebab sibuk buatkan air untuk mereka yang beruniform biru itu. Disebabkan kakak kakak tu sibuk sangat nak menyiapkan makanan untuk mereka beruniform itu, kawan kawan aku ambik part time sekejap kat situ.

Kitorang bungkus makanan tu sendiri. Dahlah lambat dapat makanan. Lepas tu kena bungkus makanan tu sendiri. Haish.

Kami syak, akak kat kedai tu takut kena saman sebab tu dorang dahulukn mereka yang beruniform biru gelap tu. Padahal kami yang sampai dulu.

Yelah kak. Yelah. Lain kali kami datang makan kat situ pakai uniform biru gelap ye?

11 comments:

Aleen Aiden said...

perasaan macam gamp* !
hu3

ghost said...

kau bagitau aku apa nama kedai makan nih..

nih mesti ada unsur-unsur 'saguhati' nih..entah bayar entah tidak tuh.

ezsyani said...

ish ish. kau pakai baju uniform kuning. confirm diorang bentang karpet merah bagi kau -.-

Abang Zam said...

diskriminasi
celaka lah tempat mereka

Sca Ndx said...

nanti dah anak. didik sampai kerja jadi hakim. hakim lagi berkuasa dari uniform biru

Workshop Internet Marketing said...

Workshop Bisnis Online. Malang, 29-30 Oktober 2011. Peserta terbatas 30 orang. Tempat LAB Statistik FE UIN Malang.

Materi UTAMA : Membangun TOKO ONLINE, Riset PRODUK, Teknik JITU Promosi dan Marketing INTERNET.

Materi TAMBAHAN : Optimasi Blackberry+Facebook+Twitter Untuk BISNIS Online.

Garansi 1 BULAN Jualan.

Info Lengkap: www.GuruBisnisOnline.com | PIN BB 2310BF87 | 0856 4960 8915.

specsy said...

@aleen aiden
katakan sahaja. tak perlu nak ber star star bagai. kita berdua berada di situasi itu. ahaaa.

@ghost writer
aku tak pasti pula nama kedai tu.yang pasti kedua dari kiri.

@axon
karpet ungu boleh?

@abg zam
taknak makan situ dah.huh.

@scandx
okay. tunggu aku kawen.

@workshop bla bla bla
kau salah port.

Rara. said...

kita bako je. kita bako, hekkkk

RastaMat said...

workshop bla bla bla..

hahahhaa..

itu kuasa sebenar uniform biru gelap..
makan cepat dapat..
selalu aku kena begini tapi aku pasrah..

specsy said...

@rara
jom? nak join dak? hahaha

@rastamat
kau yg mn? yg uniform biru atau seperti kami?
tapi rasanya kau mesti seperti kami ye dak? kalau tak masakan aleen aiden tu selalu panas je dgn kau. keh3.

RastaMat said...

aku marhaen saja..