Wednesday, September 21, 2011

Busy oh! Busy!

Sepanjang minggu ni aku rasa macam sibuk sangat. Minggu depan busy jugak. Minggu minggu depan pon busy lagi. Pack memanjang jadual aku. Err, jadual kelas tu takdelah pack sesangat pon. Tapi busy dengan kerja kerja yang aku rasa tak pernah nya nak habis.

FYP, assignments, presentations, test, semua nya beratur! Deadline itu. Deadline ini. Menaip itu. Menaip ini. Mata aku nampak asyik nampak microsoft word je sekarang. Sampai naik muak dah. Rasa macam asal aku bukak je window Microsoft Word tu, kepala rasa berat macam kena hempap. Budak budak rumah aku pun dah sepesen je dengan aku. Mana tak nya, masing masing student final year.

Aku? Aku bukak berwindow2. Bersusun di skrin. Word, Chrome, GOM. Yang chrome tu mau laah jugak bertab-tab aku bukak. Ahaaaa. Ini kita katakan multitasking. *yeah. sangat2. Kalau aku melebihkan melihat Chrome dan GOM daripada melihat Word.

Style budak budak rumah aku sekarang, setiap kali bangun tido dan balik dari kelas ialah dok mengadap laptop dan dikelilingi buku buku dan kertas kertas. Window mesti ada Microsoft word. Tapi, google chrome, mozilla, masih jugak dibukak. Tangan sibuk menaip. Kadang2 mencekak kepala. menarik-narik rambut sebab tertekan. Terkejar itu. terkejar ini. Pesen macam budak semester akhir. Padahal baru semester 5. Semester depan aku syak kami ramai ramai jadi zombi mungkin.

Takde lagi pesen keluar tengah hari balik pagi pagi buta. Takde lagi aktiviti keluar petang balik pagi. Takde lagi aktiviti pergi merayau kat Downtown, lepak lepak mapley makan roti nan cheese dengan ayam tandoori *pehhhhh!*, time time weekdays. Ini sangat menakjubkan tahu? Sebab hosmet semua pesen selalu ada 'kelas malam'. Oh, bukan hosmet je. Aku sekali.

Tapi, semua tu tak membataskan aktiviti kami untuk bergurau senda di malam yang sunyi. Mencalit krim kek di muka orang rupanya awesome jugak rasanya. Lebih lebih lagi bila dia takde peluang nak buat serangan balas. Harharhar!

LOL. Macam takde kena mengena je!

2 comments:

Aleen Aiden said...

oi2,xyah nak mewar2kan sgtlah kejayaan xseberape tu.akak bg peluang jelah! :P

Umie Nadhirah said...

kalah PM .