Wednesday, August 3, 2011

RIP Boypreng

Aku nak cakap pasal keterujaan aku pergi stadium tengok Malaysia vs Singapore tempoh hari. Slow poke habis. Dah berzaman baru nak cerita kan? Tapi, tu first time aku pi stadium tengok bola live tauuuu! Woohooo!

Tidak tidak. Aku nak cakap pasal peristiwa sebelum 6 orang yang tak pernah pergi stadium tengok bola bergerak ke lrt untuk tengok bola.

Sedang menunggu ketibaan 3 orang yang amat berhormat yang lambat datang sebab syok tengok Captain America, aku terpaksa err, melayan kerenah seorang manusia yang banyak kerenah.

Cuaca panas, aku bawak turun kipas, bawak ke luar. Ye lah. Dia lelaki. Sila lepak luar la jawab nya. Dah dapat kipas, hala kat dia sorang je. Dia bosan tunggu. Mintak pinjam laptop, nak online kejap. Aku bawak keluar laptop. Padahal aku baru lepas off. Dia dapat online, dia sorok sorok nak sign in sebab dia cakap aku stalker. Dah la macam tu, ada lagi cubaan nak selongkar laptop aku. Kau nampak tak dia punya kehampehan kat situ?

Azan Asar. Dia nak tumpang solat. Sebelum aku lepaskan laptop aku kat tangan dia untuk jangka masa 2 minit pi amekkan sejadah untuk dia, aku buat keputusan untuk sembunyikan satu folder. Folder apa, toksah tanya. Ha, di sini lah terjadinya peristiwa itu. Berlaku adegan tarik menarik laptop. Puiiiiiii. Kejadian berlaku di atas sebuah meja batu.

Agak agak kau apa jadi? Ngaaaa. Laptop aku terhentak kat meja tu dan, pufff! Dia mati. Kami terdiam dan aku try on balik dan tak boleh on. Pendekkan cerita. Motherboard dia dah rosak dan, selamat tinggal CQ40.

Sekarang, selamat datang boypreng baru. Warna merah lagi youuuu. Hikhikhik.

3 comments:

Aleen Aiden said...

awww,teruja gitew nak tengok bf baru..pinjam tengok movie!keh3

ezsyani said...

umpame boypren kau kecederaan kat otak(motherboard) lol

Aleen Aiden said...

hapdet ler... =_='