Sunday, July 17, 2011

Mr Soda (1)

2004.

Nama saya Kay.

Tu ayat pertama yang aku dengar dari mulut dia petang tu. Aku dok perhati dia sejak dari kitorang di masukkan dalam group yang sama. Aku perhatikan dia sebab dia nampak pendiam. Dan, err manis. Sepanjang perkhemahan tu aku tak banyak sangat berborak dengan dia. Memandangkan dia seorang yang pendiam dan aku mengalami masalah sakit teruk yang memang teruk dan membuat kan suara aku menjadi garau dan sengau sengau macam itik.

Diam diam ubi berisi. Dia senyap. Tapi bila bercakap, banyak idea. Teringat masa kitorang buat aktiviti jungle trekking. Dekat satu check point tu kitorang kena menyanyi. Ya. Menyanyi. Selesai aktiviti, semua rushing nak bergerak. Yelah. Sebab kitorang sesat. Patutnya dah lama dah sampai kat pit stop. Aku dan Kay berebut nak berjalan. Yeah well, dia lelaki kot. Kena la gentleman.

After you princess.

Eik? Aku terkedu. Lepas tu aku gelak. Dia pun gelak. Haha. Manis betul budak ni.

Hari terakhir camping tu, kitorang kena tulis biodata diri kat satu borang ni. Untuk kegunaan penganjur. Aku ambil nombor dia curi curi. Er, aku tak tahu apsal aku amek nombor dia. Padahal aku tau yang aku takkan text ataupun call dia.

Sebelum kitorang balik, kawan aku paksa aku ambik gambar dengan dia. Itu lah kali pertama aku bergambar berdua dengan lelaki. Malu gila oit. Rasa darah semua kat muka dah. Dah la kena paksa. Errr. Bergambar berdua, tapi duduk jauh jauh. Satu meter gak lah jauhnya. Lepas tu kena gelak. Isk isk isk.

Selepas camp, hidup aku kembali macam biasa. Takde lah nak contact sangat budak budak camp. Apatah lagi contact Kay. Rasa macam lupa kat dia pun ye jugak. Macam kawan kawan camp lain lah. Kawan masa camp je. Isk isk isk.

Lebih kurang sebulan lepas tu, aku baru lepas solat. Handphone aku bunyi. Mesej.

Hai.

5 comments:

Aleen Aiden said...

awww!

Aleen Aiden said...

mekaseh kat epi jugak...sebab salu ae sbelah akak... ^_*

ghost said...

kannn...tak perlu rush2 beb.tenang dan yakin.cewah!

ada masanya,semua yg kita pernah fikir akan datang pada kita tanpa kita paksa ia datang.

Aleen Aiden said...

eh,hai abam ghost! ^_*

specsy said...

aleen aiden
ye. sesama. tapi takyah nak auwww sangat lah kannn. ahaa.

ghost writer
yep2. kalau paksa2 pun, belom tentu datang.