Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

16 Mei. Hari guru.

Dulu masa muda mudi zaman pakai baju putih kain biru gelap bila hari guru je, memang sibuk nak mencari hadiah itu ini. rasanya, zaman tu zaman kegemilangan cawan cawan dan gelas gelas bergambar. Come on. Tau kan gelas macam mana aku maksudkan? Time tu, sorang cikgu dah boleh dapat dalam 5-6 biji gelas. Kalau tiap tiap tahun dapat, mau penuh koleksi.

Masuk zaman baju putih kain biru cair terang, rasanya hadiah hadiah tu dah semacam advanced sikit. Mungkin sebab dah boleh guna akal kritis dan kreatif masing masing. Coklat, kad ucapan hand made, bunga, pot pouri, menjadi pilihan. Mungkin kalau waktu tu strawberri coklat dah disebut sebut siti jadi pilihan juga rasanya.

Bila kat matrikulasi, aku tak ingat pulak sempat ke tak sambut hari guru. Err, tak kot? eh, entah. Zaman kolej sekarang aku rasa dah takde dah nak bagi bagi hadiah. Ya. Mungkin ada lagi yang menghadiahkan pensyarah pensyarah mereka hadiah sempena hari guru ni. Tapi rasanya pensyarah pensyarah tu lebih banyak dapat ucapan-ucapan yang di hantar melalui facebook. Ahaa, manfaat teknologi. Tak perlu hadiah mahal mahal, ucapan pun rasanya dah buat dorang rasa dihargai. Hadiah tu satu bonus la kan.

Ah, by the way. Masa sekolah rendah dulu aku selalunya bagi pen kat cikgu aku. aku rasa tu salah satu sebab kenapa aku agak gemilang di zaman itu kalau nak dibandingkan dengan sekarang sebab bila cikgu tu menanda kertas jawapan aku, dia terbayang bayang aku yang bagi pen tu. Kan? aku rasa aku kena bagi pen jugak lah kat pensyarah aku jadi mereka akan terkenang kan segala usaha aku untuk membeli pen pen tersebut. So, dorang akan bagi markah lebih. HAHA.

Selamat hari guru kepada cikgu cikgu aku, pensyarah pensyarah aku dan kepada semua bakal bakal guru. Semoga menjadi guru yang berdedikasi. Dan melahirkan insan yang berjaya.

Terima kasih daun keladi.

1 comment:

Cik TeN10 said...

ohhhh ada udang di sebalik pen la ni ea.. kih2.. xkisah la bg hadiah ke x.. yg penting kita jd insan yg berguna.. itu adlh hadiah yg xternilai buat para guru kita.. tak gitu ?