Sunday, May 29, 2011

Dua Puluh Satu

Dua puluh satu. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dah dua puluh satu. Dua puluh satu tahun. Apa je yang aku dah capai selama ni? Ada ke apa apa yang boleh buat aku bangga dengan diri aku sendiri? Entah. Tapi aku rasa banyak je benda yang aku kena fikir sekarang ni.

Hutang. Memang aku sedar yang aku banyak hutang. Muda muda dah ada hutang. Tu belum lagi bakal bakal hutang yang bakal aku berhutang. Sekarang ni hutang pinjaman belajar. Nanti nanti hutang kereta, hutang rumah. Ada hutang lain tak?

Amal. Terus terang. Aku tau yang aku rasa amal aku sekarang tak banyak. Ah. Salah aku sendiri rasanya. Aku tahu itu. Mudah mudahan bila umur dah bertambah ni, kesedaran tu makin tinggi lah hendaknya.

Belajar dan kerjaya. Semester depan dah sem 5. Tahun akhir dan lepas tu kalau aku boleh menghadapinya dengan penuh kesabaran, gulungan ijazah dalam tangan aku. sampai sekarang aku tengah fikir lagi benda benda yang aku kena buat start sem depan. Nak buat apa untuk final year project? Nak apply internship kat mana? Mampu ke aku buat sehabis baik? Lebih lebih lagi untuk final year project tu yang akan effect hampir keseluruhan result untuk aku bergelar pemegang ijazah? Dah habis belajar lepas tu nak buat apa? Sambung master? Kerja? Kalau kerja, nak kerja apa? Aku dah sedia ke nak kerja? Aku boleh apply ke apa yang aku belajar tu? Kalau sambung, aku sanggup ke nak berhadapan dengan segala tekanan tu sekali lagi? Tapi aku teringin nak bergelar pelajar universiti. Sungguh.

Diri sendiri. Dah dua puluh satu. Boleh lagi ke aku nak keluar redah pakai tshirt, jeans, dan converse? Atau pergi kelas dengan berbaju kurung dan converse? Aku rasa okay je kot? perangai pulak macam mana? Sebab umur dah banyak, jadi kena berlagak matang? Tak boleh buat itu. Tak boleh buat ni? ahh. Aku rasa aku tak pedulikan semua itu. Aku rasa juga itu semua akan datang dengan sendiri. Perlahan-lahan. Tak usahlah aku nak tipu diri sendiri. Tapi aku kena belajar masak. Masak benda berat. Buka benda ringan ringan macam selama ni aku buat. Err. Itu wajib.

Erm, happy birthday specsy. Ada lagi benda yang aku tak tulis kat sini tapi aku tau apa yang aku kena buat. Semoga sepanjang umur ini, aku akan lebih berjaya nak mengharungi segala macam perkara. Happy birthday. Happy birthday kat diri sendiri.

Macam apa je buat ucapan gila formal kat diri sendiri. =__=’

No comments: