Sunday, April 24, 2011

Aku, Dia dan Buku Baru.

Kali terakhir ternampak dia dari jauh, 2 tahun yang lepas. Kali terakhir mendengar khabar terus darinya, 2 tahun yang lepas. Kali terakhir berbalas chat di facebook, setahun yang lepas.bertanya khabar pada ulangtahun kelahirannya yang ke dua puluh. Itu pun berakhir dengan pertelingkahan. Berbalas status di facebook yang mungkin hanya aku dan dia yang faham. Aku katakan dia ego, dan ya. Aku tahu aku juga sama. Dan sejak dari itu, hanya memerhatikan kewujudannya dalam senarai online di chat facebook. Nombor? Sejak kejadian pertelingkahan dua tahun lepas sudah aku padam dari senarai telefon.

Tapi semalam, entah kenapa tiba tiba aku terasa nak menegur dia. Ah, itupun lepas fikir banyak banyak banyak kali. Naaaaa, mungkin penangan lepas tengok Red Riding Hood malam tu yang buat aku rasa nak tegur dia. Ahh, Peter yang kacak! Henry yang naive! Valerie yanggggg comel maybe? Kihkihkih. Watak nenek yang cool dan rasa macam nak je aku bagi makan kasut size tujuh sebab suka sangat keluar tiba tiba. Ingat ni cerita hantu melayu ke? Haha. Bertekak dengan kawan siapa sebenarnya werewolf jahat. Aku mempertahankan Peter daripada dituduh sebagai werewolf. Dan akhirnya aku betul. Bukannya Peter aka Shiloh Fernandez yang menjadi werewolf. Tetapi, orang lain. Ya, pandai betul. Ramai betul watak yang boleh mendatangkan syak wasangka sebagai werewolf jahat. Peter, Henry, nenek Valerie.Tapi aku tahu, takkan semudah itu nak si penulis skrip nak buat terang terang nampak Peter tu jahat. Oh, kenapa aku back up Peter? :DD

Kau ni nak cerita pasal apa ni gilerr.

Err, okay, kembali ke cerita asal. Jadi, pada jam 1.26 am, 24 April 2011, aku pun tegur lah dia di chat facebook.

Hello bro.

Ya. Itu sahaja dan aku terus pangkah nama dia di senarai list kita chat tu. Takut dengan kemungkinan dia tak reply mungkin? Tapi, tak sampai seminit,

Hai sis.

OMG. Kau orang boleh bayang tak perasaan aku masa tu? Menggigil terus. Hehe, dan perbualan seterusnya mungkin agak kekok sebab dah lama tak berborak kan? Tak sentuh langsung pasal masalah yang kami hadapi selama ni. Betukar tanya pasal life masing masing je. Chatting selama hampir 15 minit tu buat aku rasa, ya, kami harus bukak buku baru. Persahabatan baru. Mungkin itu langkah pertama. Mungkin ada lagi selepas ni. Hopefully. J

yeah. quote itu.

Aku khabarkan kepada kawan baik aku. Dan mereka turut tumpang gembira. Ya. Aku gembira. Menambah semangat untuk melangkah ke study week yang masih memerlukan aku memberi komitmen untuk membuat assignment lagi. Hadoiiii.

Syukur.

p/s; move on. :)

3 comments:

Annabella Noor Azman said...

at one point a guy and a girl will fall to each other. dem !

last-last, kekok. pelik. janggal. tengok dari jauh. life is unfair.

specsy said...

annabella ; it's him. aku pernah cerita dulu. ingat lagi?

Cik TeN10 said...

adakan "dia" itu ex-bf??

em.. aku pn masih berkawan baik dgn ex-bf.. mula2 clash mmg marah.. geram.. rsa nak je tikam2 dia smpai mati.. tp lama2 ok la.. bnda da lepas.. skrg ni da xde nk ungkit2 lg.. mcm xpernah berlaku ape2 antra kitorg..

harapnya kau dpt berkawan baik dgn dia.. :)