Tengah malam semalam aku stress. Stress pasal apa pun aku tak tahu. Yang aku tahu aku stress. Heh. Apakah lah aku ni. Cakap berbelit macam usus. Dah lah perut lapar. Grr grr. Sedang kepala rasa serabut macam wayar eletrik berbelit, telinga bergendang lagu bertutupkan headphone bervolume tinggi, meja bergegar handphone berbunyi. Panggilan dari bekas roommate tersayang. Cewah2. Kembang semangkuk lerr minah tu kalau baca.
Budak kecik! Kau tengah buat apa?
Tengah buat kerja laaa. Tapi otak serabut gila macam bangang dah rasa.
Kau gila apahal? Dah makan belum?
Entah. Belum doe. Apahal? Kau nak belanja aku makan? Haha.
Dalam mimpi pun belum tentu. Siap. Kitorang ambik kau kejap lagi.
Set.
Lepas makan, bergosip, bergelak, berkongsi cerita, stress aku pun hilang. Hailaa. Patutnya diorang ajak aku keluar awal awal lagi. Tapi, tiba tiba itu semua agak diragut apabila handphone menayangkan nombor yang tidak dikenali.
Hello.
Ye saya. Kenapa?
Hurm, ni siapa ek?
Eh, patutnya awak kenalkan diri awak dulu. Saya dah lah tak kenal awak.
Yang awak nak tinggi suara ni kenapa?
Lah? Bila masa? **babY! Diam lah oi. Sibuk je. Aku siku kau kang!-->aku cakap kat kawan aku.**
Lepas bagi salam, aku letak fon. Then dia text marah aku cakap aku takde adap. Bikin aku panas je. Cari 7e, aku topup. Terangkan keadaan sebenar sebab aku rasa dia bengang pasal dengar aku mencarut. Tu je. Hanya satu mesej. Lepas tu, dia boleh text, cakap yang dia dapat panggilan free malam semalam. Birthday kot? Tekan tembak tembak, kena nombor aku. Dia nak mintak borak dengan aku. Hoi, dia ingat aku apa? Aku cakap aku taknak. Aku dah balik, dia call lagi banyak kali. Damn it. Sejam lepas tu, guess what apa dia buat?
Dia bagi mms kat aku gambar dia yang sedang berpeluk tubuh di depan banner sattu konvo universiti. Dengan mesej berbunyi,
Takpelah. Kalau tak sudi nak sembang. Nak buat macam mana kan?

Whattheheck? Apa motif dia bagi aku gambar dia? Dia nak aku rasa bersalah, rasa rugi, rasa menyesal tak nak borak, kenal dengan dia? Pergi pengsan! Kau bikin aku gelak besar dengan housemate aku je lah weh!!!
Sama sengal macam dia ini.
Update entry semalam. Aku dah tahu identiti dia. Hehe.
Nama dia Niki. Budak sem 2, Corporate Studies.(kot). Dan dia seorang perempuan. Terjawab sudah persoalan kita. Hehehe.
p/s; Mana nak cari kasut ungu semalam ek? Ada cadangan tak?
Dah. Habis dah.
2 comments:
hahahaahhahahhahahahahahahhahaha.... sape laki tu..perasan....
aku tak kenal laa weh. tak berminat tanya nama ponn. hahaha
Post a Comment