Monday, January 17, 2011

Shuweetnya Kongsi Kongsi

Mengenangkan hati dan kepala yang serabut kerana masalah yang datang tiba tiba, maka minda aku dan Intan sepakat.

‘ Jom tengok movie!’

Ah, terus dipersetujui. Season Of The Witch menjadi pilihan. Aku takkan buat review sebab aku memang fail. Review wayang dalam wayang pun takde sangat sebab ni bukan cerita hantu yang boleh main peluk peluk cium cium. Haisshh! Aku Cuma boleh cakap, yang cerita tu memang best. Cool. Pedang tusuk tusuk. Libas libas. Tikam tikam. HAHA. Demon bermuka buruk. Oh, serius buruk. Dan juga tak lupa ada Nicholas Cage yang cool! Ehem ehem. Okay. Stop cerita pasal movie sebelum aku start cerita pasal bajet aku melayang sebab beli baju. T_T

watak encik ini sebagai felson memang coolioo milo aiss

Oleh kerana housemate di rumah sudah menyediakan makan malam, maka kami terus menuju pulang ke rumah. Oh, baik sungguh kami berdua kerana pulang awal.

‘Aku masak lauk semalam lah weyh’ kata cik housemate setelah aku membaringkan badan yang penat depan tv tengok tiramisu.

‘Selamber. Bedal je.’

Aku dan Intan lekas tengok lauk yang ditinggalkan. Ah, tak cukup ni. Maka, dua ekor ayam digoreng. Eh, telur ayam je. Suasana sunyi menyelubungi mengisi perut yang dah berdrumkan lagu Paramore sebentar tadi.

‘Sedih lah aku weh. Menangis mak aku tengok aku makan macam ni’ disambung dengan gelakkan Intan.

‘Ceh, Intan. Kau buat aku rasa nak balik minggu ni makan sedap sedap. Banyak banyak.’

Intan mencalit telur dadar di pinggan yang kosong, cuma ada lebih lebihan kuah sambal.

‘ Okay, ini baru betul betul sedih.’ Kak Lin menangis melihat keadaan kami berdua. Aku dan Intan dah banjir menangis mengenang nasib. Ah. Drama queen sungguh.

‘Aku dah lama nak cakap dengan kau weh. Tapi tak terluah je. Hari tu masa kita berdua je, kenyang gile weh aku makan.’ Oh, Intan gelak gelak lagi.

‘ Memang lah! Dah kita memang kita masak untuk dua orang makan. Choiii.’

‘ Err, habis ni untuk berapa orang?’ sambil tunjuk kat pinggan yang dah kosong.

‘ Takpe. Aku faham maksud kau. Tak payah kata. Aku kan hebat. Ada sixth sense.’ HAHA. Oh, tiba tiba ada background sound lagu Sixth Sense.

Aku dan Intan makanya nekad balik minggu ini untuk bawak bekalan perut puas puas sebelum balik semula ke rumah ini. Boleh?

our friendship is sodalicious. ah, tetiba. -_-

p/s ; Makanan seorang untuk dua orang. Sabar. Bersyukur.

p/s 2 ; Sharing is caring. Mwahh mwahh!

Dah. Habis dah.

6 comments:

Sca Ndx said...

ala sadis nya mkan. kesian.
cite season of the witch,
best lah
part serigala jadi garang tu best.
hee

specsy said...

kan? sadis gile. HAHA.
tu ahh. terbaik. berubah macam jadi werewolf. nasib baik tak tukar jadi jacob black. ;D

Sca Ndx said...

dah dah. jangan pulak tuwailite masuk. benci. hee

specsy said...

HAHAHA! suweet la kau benci2 ni. kehkehkeh.

Sca Ndx said...

hatred is sweet? boleh buat quote baru lah. hehe

specsy said...

sila sila. ngeh2