Wednesday, January 12, 2011

Kelas Aku Ada Klassss

Langkah kaki kian laju. Jam di tangan dilihat melepasi jam 2 petang. Jarak rumah yang hanya 200meter dari detinasi di tuju terasa jauh seperti dua kilometer. Tudung melambai lambai dek kerana angin yang datang daripada kereta kereta yang menderu laju di sebelah kanan. Toleh ke belakang. Kawan kawan di belakang masih jalan terkedek kedek.

Ceh, aku terlebih had laju ke?

Perjalanan diteruskan. Sebaik je kaki kanan melangkah masuk ke kolej, aku menguap. Celaka. Tanggapan aku bahawa kolej ada sembur ubat tidur kian kukuh. Langkah diperlahankan sebentar menunggu rakan dibelakang.

“ Damn. Aku dah menguap. Mengantuk dah.” Sesi menggedik aku dah muncul.

“ Kau cakap sikit kat aku bila saat kau tak mengantuk dalam kelas? Semua kelas kau mengantuk weh.” Dibalas penuh bergaya.

Oh, aku lupa. Dah 4 semester kitorang sekelas. Tambahan sekarang, tidur sebilik. Mujur bukan sekatil,setilam, sebantal. Sebab masing masing ada bantal sendiri.

setailo milo aisssss

Nombor 4 ditekan. Depan aku junior lelaki yang baru daftar. Mana aku tau dorang junior? Sebab, dahi diorang ada tampal “ JUNIOR”. Serius. Sila percaya.

Junior junior lelaki semakin kacak bergaya. Junior perempuan semakin cantik tertarik. Haihhh. Habislah azam aku taknak usha usha orang dah.

Tiba di kelas, mujur ingat lagi kat mana; aku pelik.

Kenapa diorang boleh lepak gelak gelak lagi? Oh, biasa lah tu. Perempuan. Dah lama tak jumpa pulak tu.

Eh, tapi kenapa diorang tunggu kitorang masuk? Ah, diorang rindu kami berempat kot?

Kejap. Kenapa diorang buat muka macam nak bagitau something yang bakal buat aku nak sepak bola kuat kuat?

“ Korang, duduk lah dulu. Ada benda nak cakap.” Classmate aku mula bicara.

“Apahal?” Kening aku yang berpensel warnakan hitam terangkat sebelah.

“Heh, kelas takde. Puan salah tengok jadual. Dia tertengok yang hari Rabu punya jadual.” Sengih.

Huh? Aku dan Intan, rakan sekaki gosip, sekaki shopping, sekaki usha, sekaki movie, sekaki jalan, sekaki merayap, terus terpandang sama sendiri. Lama. Terdiam.

“ Pergh!! Gua rasa nak hentak kepala kat meja je. Tapi nanti tingtong pulak kepala gua. Grr!”

“ Patutlah aku rasa macam malas je nak pergi kelas je tadi. Rupanya kelas cancel!” Intan berkata.

“Intan, yok. Keluar terus lah.”

Aku dan Intan balik ke rumah. Lantas blah ke BTS. Aku dapat kasut baru. Yeayy. ;p

Itu kisah semalam. Hari ni, masuk kelas, otak aku pending nak masuk ilmu sebab dah 2 bulan cuti. Buffering. Buffering. Minggu depan baru lancar kot?

p/s ; memasak bersinarkan lampu suluh memang terbaikkkk! Hakhakhak!

Dah. Habis dah.

3 comments:

Anonymous said...

wah! sumpah bengang gila!! hahah.. sadis sungguh! :P

takpe perkara biasa utk student.. ngeheheh~

Sca Ndx said...

berpensel HITAM yeah. kan aku dah cakap. ahaha

specsy said...

Bateri AA ; memang la biasa. tapi lagi sadis kalau kelas pukul 8 yang tiba2 cancel. =__='

Scandx ; diamm kauu. diammmmm. grrr. =_='