Wednesday, January 26, 2011

Kaunter 17

Cuti Tahun Baru Cina dah makin hampir. Otak dah mula fikir cuti dan tiket bas. Oleh kerana aku tak mahu lagi peristiwaa minggu lepas berulang, maka, aku berkeputusan untuk mencuba nasib di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Eh, aku nak pergi beli tiket je. Nak tengok ada apa kat sana.

macam stadium pun ye jugak

Maka, aku, Intan dan Atie menghala ke sana. Sampai je depan pintu lobi utama, tiba tiba pintu terbuka sendiri. Waah. Kedatangan kami disambut dengan pintu terbuka. Terharu. :’) Pertama kali jejak disana, mestilah rasa macam teruja gila. Mata sepet jadi besar. Terus melilau melihat keadaan sekeliling. Nampak sangat baru pertama kali jejak kaki kat situ. Kalau ada orang ambil gambar, buat iklan pasal keadaan kitorang masa tu, pergh. Aku terasa femes kejap. Sign board ke kaunter tiket menjadi santapan mata.

Dari jauh aku nampak, kehadiran kami diperhatikan oleh seseorang. Terus menuju ke kaunter, kami disapa.

Ye dik, nak pergi mana?

Nak beli tiket bas ah bang.

Yela. Nak balik mana?

Errr. Heh. Segamat.

Ha, pergi kaunter 17 ye?

Errr. Okay. Terima kasih.

Sampai kat situ, aku pun berbicara dengan orang kaunter tu. Er, nak tau cara jual beli, baca kat sini. Disebabkan tak ramai orang yang ada kat TBS tu, maka memang pekerja kat situ macam takde kerja. Aku sorang je pun nak beli tiket. Tapi kat kaunter ada sampai 3 orang. Err. Aku dah lah blur. Err. Tiba tiba aku cakap tergagap gagap. Apahal tah. =_=’

Not bad lah kot servis dia. Pekerja kat situ, pakaian semua seragam ah. Tempat memang besar. Memang dah macam airport. Aircond pon best. Hehe. Cantik pun yer jugak. Pekerja kat situ kebanyakkan nya muda muda. Oh, dan ramai yang hensem. So, girls, come on. Pergi lah sana. Sure korang akan ditegur oleh abang abang hensem tu. ahhh. *mata bintang bintang bersinar*.

Nak beli tiket kena tunjuk kad pengenalan. Aku rasa, aku boleh kawan dengan pekerja yang jual tiket tu nanti sebab aku kan selalu balik. Mesti hati dia terdetik macam ni,

Bagus betul budak ni. Tiap dua minggu balik jumpa keluarga. :’)

Ke, hati dia cakap macam ni?

Takde orang lain ke? Asyik muka budak ni je!

Er, apa apa lah. Yang penting aku dapat balik. Tak sabar nak rasa layanan vip jumaat ni. HAHA.

contoh tiket. siap ada nama aku wehhh. *oh. teruja.

p/s ; aku bakal buat KL-Segamat macam Cheras- Shah Alam je. =_=

Dah. Habis dah.

7 comments:

Sca Ndx said...

besok gak gua nak mintak keje kat TBS. hhehhehe

specsy said...

motif tersirat? HAHA

Sca Ndx said...

nak usha awek. selamba. haha

Cik TeN10 said...

ha ha ha.. go pikapie go! kalau aku dok malaysia mmg aku buat sungguh la..kl bleh tiap2 mggu aku nk balik..hakhak

specsy said...

scandx; dah agakkk dahhhh. hehhh.

cik ten10; hehe. kan2? balik laa tiap2 minggu, hhuhuuuhu!

Husna Lana said...

pehh canggih gilo ! take care sayangg ! hepi holiday :)

Adam said...

Haha. balik selalu xpe. :)