Thursday, January 20, 2011

Ehem Ehem

Perut bunyi, maka ke kedai mencari makanan dikala gas dirumah habis setelah hampir 6 bulan berbakti. Gila kentang. 6 bulan baru habis. Guna ke tak ni?

Setelah nasi ayam dihabiskan dengan licin oleh kakak chantek, Kak Lin, char kuey teow di lantak oleh Intan, nasi kukus ayam berempah dilantak oleh aku dan Atie, maka perjalanan pulang ke rumah di mulakan. Oh tak. Aku yang tolong habiskan makanan Atie. Hehe. Sebelum pulang, kebetulan sempat la aku mencuci mata melihat fasilitator kolej aku yang aku pernah usha disaat aku tergedik melebih masa semester satu dulu. Dah. Cukup berhenti disitu.

Dikala tinggal lebih kurang 50 langkah lagi ke rumah, tiba tiba muncul seorang brader bermotor yang tiba tiba menunggang motorsikal nye dengan tak berapa betul dan sempat mengeluarkan kata kata carutan yang mungkin menutup latahan nya kerana terkejut dek anjing yang muncul tiba tiba.

lebih kurang macam ni ah. sape cakap comel, aku siku

Ohh sheeet. Macam mana nak balik rumah ni. Kang kena kejar anjing saje je nanti. Fikiran sepantas kilat. Nak redah je lalu situ atau ikut jalan lain?

Err. Okay. Ikut jalan lain yang bakal membuat peluh keluar bagai banjir. Tipu la gilerr kau niiii. Tapi memang agak jauh. Heh. Sorang sorang buat lawak. Sakit perut aku gelak. Dah lah baru lepas makan. Mangkuk ayun betul sorang sorang ni. sampai simpang ke rumah, aku terngendap ngendap macam pencuri. Nak ngendap anjing tu ada dekat dekat rumah ke tak. Huuuu. Nasib baik takde. Okay. Jalan laju laju masuk rumah cepat! Salam diberi.

‘ Weh, gas dah sampai belum?’

‘Dah.’

‘Cool. Esok boleh kenduri.’

Oh ya. Kot kot kalau anjing tu bertukar jadi anjing jadian pon cool tak? Oh, sangat tak cool okayy! Kalau serigala jadian takpe! Ehem ehem.

ehem ehem

Sekian entry hari ini.Mengarut lebih.

p/s ; kisah u-turn jalan hampir 180 degree tu kisah benar hokeyh.

p/s 2 ; aku rasa ada orang yang sedang muntah benci benci sekarang. HAHA.

Dah. Habis dah.

7 comments:

dayah SnoW Heuka said...

eah?? apekah?? 3 in 1 eah cite.. gas hbs.. takot kene keja anjing pas 2 tibe2 serigala heheh klaka la buat lawak adehh :D

New Entry "ada duit tak??"

Sca Ndx said...

ehem ehem?

specsy said...

dayah snow heuka ; hehe. gas habis dgn kena kejar anjing tu, mmg kronologi cerita. serigala tu perisa tambahan je. HEHE.

scandx ; kenapa? sakit tekak?

Sca Ndx said...

hukhuk. terbatuk lah. HHAHA.
ko patut tgk jacob black dalam cheaper in dozen 2.

specsy said...

elehhh. terbatuk yerrr? HAHA.
weee, pernah tengok. comel je? HAHAHA

Cik TeN10 said...

hoho..aku sanggup amik jalan jauh weyh!..penah skali aku kena kejar ngn anjing kecik yg comel tapi lari kuat nk mampos!..sempot aku kayuh beskal lelaju!..huhu

specsy said...

cik ten10 ; heh. nak2 lak kitorang time tu baru lepas makan. mau la termuntah kalau kena kejar dgn anjing tu. hehe