Di penghujung ayat entry ini, aku ada cakap pasal kejadian yang buat aku geram kan? Sampai sekarang terasa rindu geram.
Sambil keluar dari kedai makan ;
Aku ; Woohohoo. Dah tak larat nak berjalan. Kenyang giler. Balik terus tido! *senyum kenyang.
Abg pian ; Ahh, epi makan apa pun kenyang. Jangan tido. Abang dah ngantuk ni. nanti teman kak lin drive balik shah alam. Abang nak tido.
Aku ; Cehhh!
Sila bayangkan bunyi pintu kereta ditutup. Enjin start, kereta jalan.
Dalam kereta.
Abg eri ; Tu rumah arwah m.rajoli. yang kat pagar ada tulisan R, W. Rumah lagi satu kat bukit antarabangsa.
Kami bertiga ; Oooooooooooo. Sambil angguk angguk kepala.
Kat simpang tiga.
Abg pian ; *Toleh kiri kanan. Takde kereta, then, belok ke kanan.
Tiba tiba....!!
Teksi ; PIIIIIIINNNNNNNNN!!!!!!!!!
Aku dan kak lin ; *Muka cuak, terkejut.
Abg pian ; *Membalas stereng dengan pantas sambil menekan hon balik. POOOOOONNNNNNNN!!!!
Abg eri ; weh, teksi tu patah balik.
Aku ; *Tengok belakang memastikan. Lalu berkata ; Aah la abg. Dia patah balik.
Kereta diteruskan perjalanan sebelum berhenti kat tepi jalan depan kedai makan. Teksi tu lalu sebelah kitorang dengan slow motion melihat kitorang yang dalam kereta then parking depan myvi hitam kak lin. Beliau keluar dengan penuh kerek dan muka tak hensem dan berlagak dan memang chill-la-kak, menuju ke myvi sambil memgang sesuatu di tangan. Abg pian dah turunkan cermin kereta.
Abg pian ; Assalamualaikum bang.
Beliau ; Apa masalah kau? Huh? Apa masalah kau? *dengan nada kerek gile ya amat.dan tak jawab salam.
Abg pian ; Oh, tak bang. Tadi saya terkejut sebab abang hon. So, masa nak balas stereng balik, tu yang tertekan hon. Sorry ye bang. *muka dan ayat manis terlebih berguni gula.
Beliau ; *Diam. Sambil meneruskan muka berlagak chill-la-kak dia tu pandang kat kitorang berempat. Then blah ke kereta dan blah dari pandangan kitorang.
Aku ; Sial! Apahal dia tu?? Dia yang salah kot? Pahal bawak kerete laju laju kat kawasan perumahan?! Tak tahan nak gi toilet? Saket perot?
Abg pian ; Aah kot. Apa kat tangan dia tadi?
Abg eri ; Spanar boleh laras. dia akan hempuk cermin kereta tadi kalau kau tak turunkan tingkap. Aku dah ready je tadi.
Kak lin ; Kuaja betul !
Abg pian ; Nasib baik kereta lin. Kalau tak, lain je yang jadi tadi. Hhee. Abg memang sengaja hon tadi..
Kitorang bertiga ; Tauuu.
Otw ke shah alam lepas hantar abg eri ke cheras.
Abg pian ; Epi, apsal diam? Geram lagi ekh?
Aku ; Aah. Brader tu memang eff. * ops. Ni aku tak cakap..haha
*******
Kalau brader tu hentak abg pian, brader tu bakal kena hentak dengan abg eri. Aku serahkan kunci stereng yang ada kat bawah kaki kat dia. dan aku hentak brader tu dengan kerusi yang di ambil dari kedai makan. Drama takk? Huahuahua ! drama tak drama, dia hentak, kami serang. Hohoho!

Demmm you brader teksi tak beradab sopan yang kerek, berlagak, konon macho. Ptuihhh!
p/s ; kata kata kami berempat untuk 2 hari berikutnya, apa masalah kau? Hakhakhak!
p/s 2 ; makanan kat kedai tu sedap. Nyummy nyummy!
Dah. Habis dah.
6 comments:
ko nk hentak pakctik teksi tu!!!! hoho
CIMA CIMOT ; tu bukan pakcik la! tu brader. deyy. aku tau la ko lapo skrg. huahuahua
hahahha.. pakcik lah gak tu.... huhuh aku lapo!!!
lapo pi makan laah! hadoii.
lu kuat jugak ea. pakai kerusi. kenapa tak pakai meja. lagi luas
SCANDX ; sebab dy beso sangat la gua tak amek. nanti takde feel nak hentak. haha
Post a Comment