Friday, November 19, 2010

aiskrim sedap menggugat jiwa

Semalam, tengok gambar kawan aku makan kat tutti frutti. Sekali tengok gambar tu, aku taw dah kat mana. Level 5, depan mcd, Berjaya Times Square. Selama ni kalau lepak mcd tu, selalu je jeling jeling pandang pandang kat tutti frutti tu. Tapi, tak pernah pun berpeluang nak merasa. Dia cakap sedap. Okay. Lepas ni nak kena try jugak. Kau belanja. Teeheheehee..

yoghurt boleh jadi aiskrim ke? *whatthesoalan

Dulu, masa chomel chomel cakap pun pelat pelat lagi, selalu makan aiskrim sampai habis baju sebab aiskrim menjejeh jejeh cair. Erk. Betul ke perkataan tu? Pedulikkkkk. Aiskrim yang menjadi pujaan hati semestinya aiskrim malaysia dan aiskrim pop. Satu doposen ! satu doposen ! satu doposen !! *baca dengan nada mail,watak dlm upin ipin.

potong dua, sorang dapat half. ala shuuweetttt

dulu atok aku selalu buatkan.penuh peti sejuk.jadi kami dapat free!

Lepas tu, zaman main basikal sampai jatuh luka berdarah berparut tak hilang pulak. Zaman main tengteng, zaman main rounders. Tataw rounders tu ape? Rounders tu lebih kurang cam main besbol ah. Masa zaman kegemilangan empayar tu, aku selalu beli, erk abah aku selalu kena belikan aiskrim paddle pop rainbow tu. Yer. KENA. Sebab, tu benda pertama kitorang akan ambil. Owyeah ! tak lama lepas tu, aku bertukar kepada aiskrim mat kool magic, mat kool traffic light. Murah sket. Teehehee.

selalu dapat batang aiskrim yang cuteeee

penat makan aiskrim ni weh.mulut kena bukak besar besar.

Kalau tengah dok sedap sedap dalam rumah, tiba tiba ada bunyi ; ring ! ring ! *bukan superring yeh?* terus la menjerit, oii ! pergi tahan ! aku amek duit ! jadi, kitorang akan dapat aiskrim potong. Takpon aiskrim cone, takpon roti aiskrim. Bape banyak takpon laa.


kalau tengah panas, memang heaven.
ni sekarang berape? singgit?

korang dapat, korang terus gigit aiskrim tu. apa rasa kat gigi? HAHAHA

Bila dah masuk zaman simple plan, mula lah kenal aiskrim harga ringgit melebihi seringgit. Dimulakan dengan mcflurry oreo, kemudian beralih kepada cornetto, kemudian kitkat, kemudian drumstick. Mcflurry tu mcm benda wajib beli je bila lepak mcd. Padahal dah ada burger depan mata. Haihh. Bazir ! *aku ckp depan cermin ni. Cornetto, kitkat, drumstick. Selalu beli before masuk kelas tambahan add math. Cikgu baie yang baik hati serta berwibawa ketika mengajar akan pandang kitorang dengan pandangan mata ayu dia melihat kitorang masing2 pegang sorang satu. Kami senyum kambing biri biri. Sebelum masuk kelas, semua check muka takut ada tertinggal misai. Kawan aku cakap, chomel je bila tengok perempuan yang ada kesan comot makan aiskrim kat tepi bibir. Whatthe...


oreo lagi sedapppp. ;))

mengancam la siottttt

Bila ada event kat sekolah, benda wajib ada ialah aiskrim goreng. Aku berkata dengan jujur bahawa aku tak pernah makan aiskrim goreng. Kesian kan?

macam sedap jek.

Zaman kenal dunia luar, baru la nampak kiosk kiosk aiskrim yang harga lebih dari 5 ringgit. Baskin robins, hagen dazz, etc. Sedap tu memang la sedap. Tapi, harga dia aku boleh dapat empat kali makan nasi kat kedai dengan variety of lauk yang aku boleh makan dengan sedap dan kenyang sampai ngantuk dalam kelas. Takpun boleh dapat aiskrim malaysia dan aiskrim pop tu berpuluh puluh kemudian diagihkan kepada rakan rakan seperjuangan. Hahahha!

agak agak bila boleh dapat? *bling2 !

Masa event kat kolej bulan lepas, aku suarakan keinginan aku nak makan aiskrim setelah melihat orang lalu lalang dengan aiskrim ditangan. Hasrat ku di makbulkan oleh madam raznida dengan memberi not 50rm. Maka, kawan aku pergi la belikan utk kami semua. Bila aiskrim dah depan mata, masing masing berebut macam dah 10 tahun tak jumpa aiskrim. Terima kasih puan raznida dan kawan aku ! hehee.

tayang aiskrim skettt. keamanan yaw.

p/s ; rindu pada orang yang pasangannya nak belanja baskin robin.tp sampai sekarang tak dapat2.adoi.

dah.habis dah.

3 comments:

Anonymous said...

okey ! terliur gile tengok semua eskem tu.
siyesss ! ;p

specsy said...

FARHANA ZAINAL ; tgk gambar pon dah terliur. kalau depan mata, air liur dah semangkuk dah. haha

Miss AnisSensuous said...

teringat masa kecik2 dulu selalu makan aiskrim asam yang cara bungkus sama macam aiskrim kuning merah tu.sedap sangat :)